Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg mengetuai majlis sesebuah bandar raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datuk bandar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
MayorDatuk BandarPentadbiranPentadbiran Awam

Pentadbir tertinggi dalam konteks pentadbiran sesebuah bandaraya. Beliau bertanggungjawab untuk memastikan segala bentuk urusan pentadbiran bandaraya diuruskan dengan betul, teratur dan mengikut perancangan. Dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang diberikan, biasanya beliau dibantu oleh sebuah lembaga penasihat yang terdiri daripada ahli rasmi dan tidak rasmi yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Sebelum tahun 1978, segala bentuk urusan pentadbiran Datuk Bandar tertakluk di bawah arahan Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan. Namun demikian, pada pertengahan 1978, kabinet baru telah disusun semula dan Datuk Bandar tertakluk di bawah arahan Kementerian Wilayah Persekutuan.

mayordatuk bandarSejarahTiadaTiada
mayoral representativeperwakilan datuk bandarSains PolitikTiadaTiada
Mayor of City CouncilDatuk Bandar RayaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
communekomunSejarahTiada1. Unit pentadbiran daerah yang kecil, ditadbir oleh Datuk Bandar atau majlis perbandaran biasanya di negara-negara Eropah.,2. Badan politik atau kerajaan atau pemerintah yang berkaitan dengan revolusi atau pentadbiran komunis.
epistolary poempuisi epistolariKesusasteraanTiadaPuisi berbentuk surat yang menyatakan falsafah, cinta dan perjuangan. Contoh: Sajak �Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar� karya Usman Awang (1983)
City CouncilDewan Bandar RayaPentadbiranTiadaBadan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190), yang menjadi pusat pentadbiran bagi ibu kota persekutuan. Kriteria asas badan ini ialah hasil pendapatan tahunan melebihi RM20 juta dan jumlah penduduk melebihi sejuta orang. Dewan Bandar Raya bertanggungjawab untuk merancang, menghasilkan pendapatan dan membangunkan bandar raya tersebut. Badan ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan dibantu oleh Ahli Majlis Dewan Bandar Raya yang terdiri daripada 8 hingga 24 orang ahli. Contoh Dewan Bandar Raya ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
city councilmajlis bandar rayaPentadbiranPentadbiran Awam

Badan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menjadi pusat pentadbiran bagi ibu kota negeri. Kriteria asas badan ini ialah hasil pendapatan tahunan melebihi RM20 juta dan jumlah penduduk melebihi sejuta orang. Majlis bandar raya ini bertanggungjawab untuk merancang, menghasilkan pendapatan dan membangunkan bandar raya tersebut. Badan ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dengan dibantu oleh Ahli Majlis Dewan Bandar Raya yang terdiri daripada lapan hingga 24 orang ahli. Contohnya Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB). Lihat dewan bandar raya


Kembali ke atas