Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dau.lat] | داولت

Definisi : 1. bahagia, kebahagiaan (pd raja-raja yg memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; mendaulat 1. menjunjung (mengabdi, ber­khidmat kpd raja); 2. Id, bp merampas (ke­kuasaan dll) dgn tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (spt raja dll) dr kedudukannya dgn paksaan: Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir; mendaulatkan menjadikan berdaulat, mem­­-beri hak (kuasa dll), menjadikan ber­wibawa: perjuangan hendak ~ Bahasa Kebangsaan bukan perjuangan baru; kedaulatan kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan; ~ rakyat demokrasi; ~ undang-undang ke­dudukan undang-undang sesebuah negara sbg kuasa tertinggi yg mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan ma­syarakat; pendaulatan perihal atau perbuatan men­daulatkan: ~ Bahasa Kebangsaan; pendaulat 1. bp orang yg mendaulat; 2. orang atau pihak yg mendaulatkan: kononnya negara itu dianggap sbg ~ demokrasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dau.lat] | داولت

Definisi : 1 bahagia; kebahagiaan (pd raja yg memerintah). 2 benar; ya (digunakan utk raja). 3 kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan). ~ tuanku a. berbahagialah tuanku. b. benar tuanku. berdaulat 1 mempunyai kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan): Malaysia merupakan negara yg ~. 2 bertuah; berbahagia. mendaulatkan menjadikan berdaulat; memberikan hak (kuasa dll). kedaulatan kekuasaan yg tertinggi; keadaan berdaulat: Askar Melayu telah berjuang mati-matian utk mempertahankan ~ nusa dan bangsa. pendaulatan perbuatan mendaulatkan: ~ undang-undang. pendaulat orang atau pihak yg mendaulatkan seseorang atau sesuatu: Mereka dianggap sbg ~ demokrasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daulat