Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daun] | داءون

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg keluar pd batang (dahan atau akar, biasanya berhelai-helai dan berwarna hijau): ~ pisang banyak gunanya. 2 benda yg berkeping-keping tipis atau berhelai-helai: ~ terup; ~ rokok. 3 benda yg lebar dan tipis: ~ kipas; ~ tingkap. ~ biji daun pertama yg tumbuh dr biji benih. ~ emas ist daun (kepingan) drpd emas tipis (±10-6 in) spt yg terdapat dlm elektroskop. ~ luruh ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. ~ pakau (terup) kepingan kadbod tipis berbentuk empat segi yg ditandai simbol, gambar rajah dsb dan digunakan dlm permainan terup atau utk melihat nasib. ~ pintu papan dll utk menutup pintu.~ sisik ist daun yg kecil dan tipis yg melindungi mata tunas (spt pd ubi kentang). ~ telinga bahagian telinga yg di luar. ~ tirus jenis pokok yg menghasilkan (mengeluarkan) kon; konifer. berdaun 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. daun-daunan berbagai-bagai jenis daun; beberapa banyak jenis daun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun

Puisi
 

Daun serbat di dalam padi,
     Daun selasih daun semulih;
Tidak galak di dalam hati,
     Mari kita bertambat kasih.


Lihat selanjutnya...(144)
Peribahasa

Laut tidak membuang sungai,
     rimba tidak membuang latah.

Bermaksud :

Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.

 

Lihat selanjutnya...(61)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
retuh[Ä«.tuh]kata kerjamemetik buah, pucuk, daun dan lain-lain.Jange dok retuh pucuk baru tumboh tu.[dZA.NE do/ Ä«.tuh pu.tSu/ bA.Äu tum.boh tu]Jangan petik pucuk yang baru tumbuh tu.
karok[kA.č/]kata namasuluh yang dibuat daripada daun nyiur yang kering, jamung, andang.Drektuh, ore jale male keno bowok karok, pasa lapu pecek tak dok.[dÄE/.tuh .ÄE dZ:A.lE mA.lE k«.n b.w/ kA.č/ pA.sA lA.pu pE.tSE/ tA/ d/]Zaman dulu, orang berjalan malam kena bawa andang kerana tak ada lampu suluh.
ceding[tS«.diN]kata namabahagian tumbuhan yang baru mengeluarkan daun, tunas.Bute getoh hok ambo sema tu naek ceding doh.[bu.te g«.th h/ Am.b s«.mA tu nAE/ tS«.diN dh]Biji getah yang saya semai tu naik tunas dah.
nasik tupe[nA.si/ tu.pE] nasi dan lauk (seperti ikan, udang dan lain-lain) yang dibungkus dalam daun pisang berbentuk kon. Nasi dimasak agak lembik, dimampatkan apabila dibungkus dan kelihatan seperti nasi himpit apabila sejuk.   
lakse[lA/.sE]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras, dikukus dalam bentuk leper dan dipotong seperti kuetiau, dimakan bersama kuah lemak, hirisan bunga kantan, daun kesom dan sambal lada.   

Kembali ke atas