Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daun] | داءون

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg keluar pd batang (dahan atau akar, biasanya berhelai-helai dan berwarna hijau): ~ pisang banyak gunanya. 2 benda yg berkeping-keping tipis atau berhelai-helai: ~ terup; ~ rokok. 3 benda yg lebar dan tipis: ~ kipas; ~ tingkap. ~ biji daun pertama yg tumbuh dr biji benih. ~ emas ist daun (kepingan) drpd emas tipis (±10-6 in) spt yg terdapat dlm elektroskop. ~ luruh ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. ~ pakau (terup) kepingan kadbod tipis berbentuk empat segi yg ditandai simbol, gambar rajah dsb dan digunakan dlm permainan terup atau utk melihat nasib. ~ pintu papan dll utk menutup pintu.~ sisik ist daun yg kecil dan tipis yg melindungi mata tunas (spt pd ubi kentang). ~ telinga bahagian telinga yg di luar. ~ tirus jenis pokok yg menghasilkan (mengeluarkan) kon; konifer. berdaun 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. daun-daunan berbagai-bagai jenis daun; beberapa banyak jenis daun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun

Puisi
 

Daun serbat di dalam padi,
     Daun selasih daun semulih;
Tidak galak di dalam hati,
     Mari kita bertambat kasih.


Lihat selanjutnya...(144)
Peribahasa

Laut tidak membuang sungai,
     rimba tidak membuang latah.

Bermaksud :

Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.

 

Lihat selanjutnya...(61)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elmpokok jenis daun luruh drp genus Ulmus yg daunnya bergerigi, buahnya halus bersayap, hidup liar di hutan, ada spesies yg ditanam sbg hiasan landskap serta bonsai, dan kayunya yg keras dijadikan bot serta perabotKamus Dewan Perdana
engselsendi besi yg menyambungkan daun pintu, tingkap dll dgn jenangnya supaya dapat dibuka dan ditutupKamus Dewan Perdana
mengempelasmelicinkan (sst) dgn daun atau kertas empelasKamus Dewan Perdana
epokbekas berbentuk karung kecil setinggi sejengkal lebih, dibuat drp anyaman daun mengkuang dsb, berambu di bucu bawahnya dan bertali satu, utk dimuati beberapa cembul berisi sirih pinang. Bekas ini biasanya dibawa semasa pergi menjemput keluarga terdekat utk menghadiri majlis tertentuKamus Dewan Perdana
embalaupokok renek yg berbulu halus, berbunga merah, berbuah halus berwarna ungu kehitaman, dan daun serta buahnya yg pahit boleh dijadikan ubat cirit-birit. Daunnya juga boleh dibuat ubat pupuk utk penyakit kulit spt kurap dan bisulKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas