Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daun] | داءون

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg keluar pd batang (dahan atau akar, biasanya berhelai-helai dan berwarna hijau): ~ pisang banyak gunanya. 2 benda yg berkeping-keping tipis atau berhelai-helai: ~ terup; ~ rokok. 3 benda yg lebar dan tipis: ~ kipas; ~ tingkap. ~ biji daun pertama yg tumbuh dr biji benih. ~ emas ist daun (kepingan) drpd emas tipis (±10-6 in) spt yg terdapat dlm elektroskop. ~ luruh ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. ~ pakau (terup) kepingan kadbod tipis berbentuk empat segi yg ditandai simbol, gambar rajah dsb dan digunakan dlm permainan terup atau utk melihat nasib. ~ pintu papan dll utk menutup pintu.~ sisik ist daun yg kecil dan tipis yg melindungi mata tunas (spt pd ubi kentang). ~ telinga bahagian telinga yg di luar. ~ tirus jenis pokok yg menghasilkan (mengeluarkan) kon; konifer. berdaun 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. daun-daunan berbagai-bagai jenis daun; beberapa banyak jenis daun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun

Puisi
 

Daun serbat di dalam padi,
     Daun selasih daun semulih;
Tidak galak di dalam hati,
     Mari kita bertambat kasih.


Lihat selanjutnya...(144)
Peribahasa

Laut tidak membuang sungai,
     rimba tidak membuang latah.

Bermaksud :

Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.

 

Lihat selanjutnya...(61)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
inaeh[i.nAEh]kata namabuluh kecil yang diletakkan di kedua-dua hujung daun ibus pendengung wau untuk mencekangkan daun tersebut supaya boleh mengeluarkan dengungnya apabila bersentuhan dengan angin.Batang buloh cina buleh buat inaeh wau merak.[bA.tAN bu.loh tSi.nA bu.leh bu.wAt i.nAEh wAw m«.ÒA/]Batang buluh cina boleh dibuat inas dengung wau merak.
bantot I[bAn.tot]kata namaikan sumbat (intinya cili, garam, kelapa, daun kunyit, asam, lada dan sebagainya) yang dibalut dengan daun pisang dan dibakar.   
   2. mengaduk dan membahagikan kad atau daun terup dalam permainan (poker, terup, ceki, jerami dan lain-lain), mengocok.Sapa kalah, dia kena cong daon trup.[sA.pA kA.lAh di.jA k«.nA tSN dAon tÒup]Siapa yang kalah dia kena mengocok daun terup.
sireh suson[si.Òeh su.son] susunan daun sirih sebanyak dua puluh helai.Sireh suson ni satu berapa kupang.[si.Òeh su.son ni sA.tu b«.ÒA.pA ku.pAN]Sirih susun ini satu berapa sen.
beraeh rendang[b«.ÒAEh Ò«n.dAN] anyaman daun mengkuang yang dikemin pada bakul padi mengelilingi bahagian bawah bingkainya.Padi dalam bakoi tu tak penoh, takat beraeh rendang dia saja.[pA.di dA.lAm bA.koj tu tA/ p«.noh tA.kAt b«.ÒAEh Ò«n.dAN di.jA sA.dZA]Padi di dalam bakul itu tidak penuh, tetapi setakat beras rendang sahaja.
getu[g«.tu]kata kerjamengerat, memotong atau memetik (bunga daun dan lain-lain) dengan menggunakan kuku jari ibu dan jari telunjuk, getis.Dia getu bunga meloq tu dapat segenggam.[di.jA g«.tu bu.NA m«.lâÖ tu dA.pAt s«.g«N.gAm]Dia menggetis bunga melur itu segenggam banyaknya.
ceruat[tS«.Òuâ.wAât]kata namasejenis tumbuhan (herba) yang daun dan bunganya boleh dibuat ulam.   
lepai[l«.pAj]kata namasejenis pokok yang besar dan rimbun. Daun pucuknya dibuat ulam. Biasanya ditanam di kawasan kuil.   
bengkang nipah[beN.kAN ni.pAh] sejenis kuih yang dibuat dari tepung pulut dan dibungkus dengan daun nipah kemudian dibakar; cucok atap, gedong cak.   
cucoq atap[tSu.tSâÖ A.tAp] sejenis kuih yang dibuat dari tepung pulut dan dibungkus dengan daun nipah kemudian dibakar; bengkang nipah, gedong cak.   
12

Kembali ke atas