Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daun] | داءون

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg keluar pd batang (dahan atau akar, biasanya berhelai-helai dan berwarna hijau): ~ pisang banyak gunanya. 2 benda yg berkeping-keping tipis atau berhelai-helai: ~ terup; ~ rokok. 3 benda yg lebar dan tipis: ~ kipas; ~ tingkap. ~ biji daun pertama yg tumbuh dr biji benih. ~ emas ist daun (kepingan) drpd emas tipis (±10-6 in) spt yg terdapat dlm elektroskop. ~ luruh ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. ~ pakau (terup) kepingan kadbod tipis berbentuk empat segi yg ditandai simbol, gambar rajah dsb dan digunakan dlm permainan terup atau utk melihat nasib. ~ pintu papan dll utk menutup pintu.~ sisik ist daun yg kecil dan tipis yg melindungi mata tunas (spt pd ubi kentang). ~ telinga bahagian telinga yg di luar. ~ tirus jenis pokok yg menghasilkan (mengeluarkan) kon; konifer. berdaun 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. daun-daunan berbagai-bagai jenis daun; beberapa banyak jenis daun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun

Puisi
 

Daun serbat di dalam padi,
     Daun selasih daun semulih;
Tidak galak di dalam hati,
     Mari kita bertambat kasih.


Lihat selanjutnya...(144)
Peribahasa

Laut tidak membuang sungai,
     rimba tidak membuang latah.

Bermaksud :

Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.

 

Lihat selanjutnya...(61)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
serong I[s«.ÄoN]kata namamandian menggunakan air daun-daun kayu dengan tujuan mengubat (biasanya dilakukan oleh wanita selepas bersalin).Ayoh gi utan cari daun-daun kayu nok buat serong.[A.jh gi u.tAn tSA.Äi dA.on.dA.on kA.ju n bu.wAt s«.ÄoN]Ayah pergi ke hutan mencari daun-daun kayu untuk membuat serong.
kue telipok[ku.we t«.li.po/] penganan berbentuk bintang dibuat daripada tepung pulut yang dicampur dengan santan, gula dan air daun pandan, dimasak dengan cara di alas dengan daun pisang yang dibentuk bulat dan dikukus.   
   2. berkenaan sesuatu bahagian julai dan daun pada pokok.Lembong pokok mutan tu doh melento, pase buoh masok.[l«m.boN p.k/ mu.tAn tu doh m«.l«n.t pA.sE bu.woh mA.s/]Lembong pokok rambutan itu sudah melentur kerana buahnya masak.
daroh[dA.čh]kata namadaun kelapa kering yang diikat dan dinyalakan sebagai penyuluh pada waktu malam.Orang dedulu pake daroh bile jalan malam.[.ÄAN d«.du.lu pA.kE dA.čh bi.l« dZA.lAn mA.lAm]Orang dahulu menggunakan daroh apabila berjalan di waktu malam.
kosi[k.si]kata adjektifberkenaan buah-buahan atau daun yang sudah kecut atau kering.Pinang tu doh kosi tok leh makan.[pi.nAN tu dh k.si t/ leh mA.kAn]Buah pinang itu sudah kering, tidak boleh makan.
tapen[tA.pen]kata namasejenis bekas berbentuk kelongsong daripada daun nipah untuk mengisi sagu.Tapen tu kene buat kemaih-kemaih toklah sagu tebura.[tA.pen tu k«.n« bu.wAt k«.mAC.k«.mAC t.lAh sA.gu t«.bu.ÄA]Tapen hendaklah dibuat kemas-kemas supaya sagu tidak terburai.
besek[b«.se/]kata namaair embun yang melekat pada daun, rumput dan lain-lain.Abeh seluwa baju adek keno besek.[A.beh s«.lu.wA bA.dZu A.de/ k«.n b«.se/]Habis seluar dan baju adik terkena besek.
cekatang[tS«.kA.tAN]kata namabekas berbentuk silinder dan bertutup daripada daun mengkuang.Ce ambek cekatang tu nok isi empeng.[tS« Am.be/ tS«.kA.tAN kj n/ i.si «m.peN]Tolong ambilkan cekatang itu hendak isi emping.
gesing[g«.siN]kata namanama sejenis tumbuhan hutan seperti pokok kunyit, umbinya berwarna putih. Daun dan umbinya dijadikan ramuan masakan.   
belalang gambo[b«.lA.lAN gAm.b] sejenis belalang sebesar ibu kaki, berwarna hijau dan makan ulat-ulat halus serta daun keladi.   
12

Kembali ke atas