Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daun] | داءون

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg keluar pd batang (dahan atau akar, biasanya berhelai-helai dan berwarna hijau): ~ pisang banyak gunanya. 2 benda yg berkeping-keping tipis atau berhelai-helai: ~ terup; ~ rokok. 3 benda yg lebar dan tipis: ~ kipas; ~ tingkap. ~ biji daun pertama yg tumbuh dr biji benih. ~ emas ist daun (kepingan) drpd emas tipis (±10-6 in) spt yg terdapat dlm elektroskop. ~ luruh ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. ~ pakau (terup) kepingan kadbod tipis berbentuk empat segi yg ditandai simbol, gambar rajah dsb dan digunakan dlm permainan terup atau utk melihat nasib. ~ pintu papan dll utk menutup pintu.~ sisik ist daun yg kecil dan tipis yg melindungi mata tunas (spt pd ubi kentang). ~ telinga bahagian telinga yg di luar. ~ tirus jenis pokok yg menghasilkan (mengeluarkan) kon; konifer. berdaun 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. daun-daunan berbagai-bagai jenis daun; beberapa banyak jenis daun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun

Puisi
 

Daun serbat di dalam padi,
     Daun selasih daun semulih;
Tidak galak di dalam hati,
     Mari kita bertambat kasih.


Lihat selanjutnya...(144)
Peribahasa

Laut tidak membuang sungai,
     rimba tidak membuang latah.

Bermaksud :

Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.

 

Lihat selanjutnya...(61)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ULAMULAM, daun-daun dan buah-buahan yang dimakan mentah bersama-sama nasi dan sambal belacan.  Di Indonesia, ulam disebut ‘lalap’.  Daun-daun yang dimakan sebagai ulam seperti ulam raja, pegaga, daun salam, aring-aring dan kaduk.  Pucuk betik, bebuas, gajus, putat dan kedondong juga boleh dijadikan ulam.  Ulam jenis sayur ada yang dimakan mentah seperti timun, kubis, kacang panjang, kacang botol, cili dan buah-buahan seperti petai, jering, kerdas dan ada yang direbus seperti peria dan terung.BUDAYAMakanan
LIKUIDAMBAR

Likuidambar ialah nama empat spesies pokok

daun luruh yang mempunyai daun bak daun

mapel yang bertukar warna menjadi terang pada

musim luruh. Likuidambar terdapat di Asia dan

Amerika Utara.

UMUM 
POKOK DAUN LURUH

Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana

pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu

setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di

kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok

daun luruh gugur daunnya pada musim luruh.

Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang

musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya,

tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok.

Sebelum daun mati, bahan makanan yang

terkandung dalam daun diserapkan semula kepada

ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan

digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok

daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar.

Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel

dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh

yang biasa yang mempunyai daun jejarum.

UMUM 
KANOPI

Kanopi ialah litupan tumbuhan seperti daun-daun pokok yang sambung-menyambung membentuk naungan atau teduhan di bawahnya.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
STAGHORN

Staghorn ialah nama bagi 20 spesies terutamanya

dari kawasan tropika, lembap. Pakis ini mendapat

namanya daripada fron daun utama daun berbentuk

seperti tanduk rusa. Terdapat juga satu lagi jenis

daun yang leper atau berbentuk mangkuk dan

tumbuh keluar daripada pangkal pakis. Daun ini

mengumpul air dan humus. Daun utama

mengandungi spora pembiakan.

UMUM 
SERANGGA DAUN

Serangga daun ialah serangga yang kelihatan

seperti daun hijau atau ranting. Ia terdapat di Afrika,

tenggara Asia, utara Australia dan di banyak

kepulauan di Pasifik Selatan. Serangga daun adalah

spesies yang berkaitan

rapat.

UMUM 
PERMAINAN DAUN TERUP

Permainan daun terup ialah permainan yang

melibatkan nasib atau kemahiran menggunakan

kepingan kadbod yang nipis dan bujur. Setiap kad

atau daun terup ini mempunyai gambar atau tanda

yang tertentu. Beratus-ratus jenis permainan boleh

dimainkan menggunakan daun terup. Beberapa

orang pemain boleh mengambil bahagian, tertakluk

kepada jenis permainan. Permainan patience, atau

solitaire, dimainkan oleh seorang pemain sahaja.

Permainan casino biasanya dimainkan oleh dua

orang pemain. Cribbage atau pinochle boleh

dimainkan oleh dua, tiga atau empat orang.

Permainan bridge atau whist memerlukan empat

orang pemain, manakala permainan canasta

memerlukan dua hingga enam orang pemain . Poker

pula boleh dimainkan oleh seramai sepuluh orang

pada satu-satu masa.

UMUM 
DAUN EMAS

Daun emas ialah logam emas yang telah diketuk

menjadi kepingan atau dedaun yang terlalu

nipis. Daun emas digunakan untuk menghias

permukaan bingkai gambar dan perabot dan untuk

menulis huruf pada cermin tingkap.

UMUM 
DAUN

Daun ialah bahagian utama yang membuat

makanan pada hampir semua tumbuhan.

Bunga taman, rumput, pokok renek dan pokok

bergantung pada daun untuk membuat makanan.

Begitu juga pakis, sayur-sayuran, tumbuhan

menjalar, rumpai dan banyak tumbuhan lain.

UMUM 
PINOCHLE

Pinochle ialah sejenis permainan yang

menggunakan daun terup yang dibungkus khas

yang mengandungi 48 kad. Terdapat empat

sut daun terup, yang setiap satunya terdiri

daripada 12 kad. Dua kad daripada setiap sut daun

itu mempunyai angka daripada sembilan hingga

kepada sat. Sat ialah daun yang mempunyai

kedudukan paling tinggi, diikuti dengan daun 10,

raja, permaisuri, pekak J, dan 9.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas