Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daun] | داءون

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg keluar pd batang (dahan atau akar, biasanya berhelai-helai dan berwarna hijau): ~ pisang banyak gunanya. 2 benda yg berkeping-keping tipis atau berhelai-helai: ~ terup; ~ rokok. 3 benda yg lebar dan tipis: ~ kipas; ~ tingkap. ~ biji daun pertama yg tumbuh dr biji benih. ~ emas ist daun (kepingan) drpd emas tipis (±10-6 in) spt yg terdapat dlm elektroskop. ~ luruh ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. ~ pakau (terup) kepingan kadbod tipis berbentuk empat segi yg ditandai simbol, gambar rajah dsb dan digunakan dlm permainan terup atau utk melihat nasib. ~ pintu papan dll utk menutup pintu.~ sisik ist daun yg kecil dan tipis yg melindungi mata tunas (spt pd ubi kentang). ~ telinga bahagian telinga yg di luar. ~ tirus jenis pokok yg menghasilkan (mengeluarkan) kon; konifer. berdaun 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. daun-daunan berbagai-bagai jenis daun; beberapa banyak jenis daun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun

Puisi
 

Daun serbat di dalam padi,
     Daun selasih daun semulih;
Tidak galak di dalam hati,
     Mari kita bertambat kasih.


Lihat selanjutnya...(144)
Peribahasa

Laut tidak membuang sungai,
     rimba tidak membuang latah.

Bermaksud :

Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.

 

Lihat selanjutnya...(61)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDaun kerikil daun maman, Ketiga dengan daun cempa; Kenapa tuan tegak di laman, Naik ke rumah tuan kenapa?
Kurik Kundi Merah SagaDaun serbat di dalam padi, Daun selasih daun semulih; Tidak galak di dalam hati, Mari kita bertambat kasih.
Kurik Kundi Merah SagaDaun nanas daun nangka, Takkan boleh dilipat-lipat; Tuan emas saya tembaga, Takkan boleh dikerat-kerat.
Kurik Kundi Merah SagaDaun selasih daun semulih, Pohon pinang jambatan mandi; Mari kita bertambat kasih, Kasih kupinang mengikat janji.
Kurik Kundi Merah SagaKait-kait daun sepulih, Daun sembingai nanang-nanangan; Baik-baik kamu yang mulih, Kamu yang tinggal kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaKait-kait daun sepulih, Daun sembingai nanang-nanangan; Baik-baik kamu yang mulih, Kamu yang tinggal kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaDaun selasih si daun bayam, Bunga teratai di tengah laman; Rasa sedih tidur seorang, Peluk ke bantal buatlah teman.
Kurik Kundi Merah SagaPokok sena daun pun sena, Daun jatuh dalam telaga; Bulan mana hari mana, Boleh kita berjumpa pula.
Kurik Kundi Merah SagaDaun terap di ataslah bukit, Kapallah menyamun dualah batang; Jadi kenangan bukanlah sedikit, Darilah dulu sampai sekarang.
Kurik Kundi Merah SagaDaun sirih jangan dikait, Kalaulah kait mematah layu; Telunjuk lurus kelingking berkait, Itu pepatah orang Melayu.
12345678910...

Kembali ke atas