Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daun] | داءون

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg keluar pd batang (dahan atau akar, biasanya berhelai-helai dan berwarna hijau): ~ pisang banyak gunanya. 2 benda yg berkeping-keping tipis atau berhelai-helai: ~ terup; ~ rokok. 3 benda yg lebar dan tipis: ~ kipas; ~ tingkap. ~ biji daun pertama yg tumbuh dr biji benih. ~ emas ist daun (kepingan) drpd emas tipis (±10-6 in) spt yg terdapat dlm elektroskop. ~ luruh ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. ~ pakau (terup) kepingan kadbod tipis berbentuk empat segi yg ditandai simbol, gambar rajah dsb dan digunakan dlm permainan terup atau utk melihat nasib. ~ pintu papan dll utk menutup pintu.~ sisik ist daun yg kecil dan tipis yg melindungi mata tunas (spt pd ubi kentang). ~ telinga bahagian telinga yg di luar. ~ tirus jenis pokok yg menghasilkan (mengeluarkan) kon; konifer. berdaun 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. daun-daunan berbagai-bagai jenis daun; beberapa banyak jenis daun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun

Puisi
 

Daun serbat di dalam padi,
     Daun selasih daun semulih;
Tidak galak di dalam hati,
     Mari kita bertambat kasih.


Lihat selanjutnya...(144)
Peribahasa

Laut tidak membuang sungai,
     rimba tidak membuang latah.

Bermaksud :

Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.

 

Lihat selanjutnya...(61)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
kalas ketupat yg dibalut dgn daun kelapa secara memanjangKalas likas dti pinapi.Ketupat yg dibalut dgn daun kelapa secara memanjang lebih cepat masak.makanan dan minumanBajau
atai buntal kuih pelitaAtai buntal memut amun kinulut ko duu pandan wangi.Kuih pelita wangi dibalut dgn daun pandan wangi.makanan dan minumanBajau
pansak ikan yg dimasak digaul dgn kelapaPansak yu boleh ginuulan bawang ganda ko lodo pute.Ikan yu yang dimasak dan digaul dgn kepala boleh dicampur daun bawang dan lada putih.makanan dan minumanBajau

Kembali ke atas