Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daun] | داءون

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg keluar pd batang (dahan atau akar, biasanya berhelai-helai dan berwarna hijau): ~ pisang banyak gunanya. 2 benda yg berkeping-keping tipis atau berhelai-helai: ~ terup; ~ rokok. 3 benda yg lebar dan tipis: ~ kipas; ~ tingkap. ~ biji daun pertama yg tumbuh dr biji benih. ~ emas ist daun (kepingan) drpd emas tipis (±10-6 in) spt yg terdapat dlm elektroskop. ~ luruh ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. ~ pakau (terup) kepingan kadbod tipis berbentuk empat segi yg ditandai simbol, gambar rajah dsb dan digunakan dlm permainan terup atau utk melihat nasib. ~ pintu papan dll utk menutup pintu.~ sisik ist daun yg kecil dan tipis yg melindungi mata tunas (spt pd ubi kentang). ~ telinga bahagian telinga yg di luar. ~ tirus jenis pokok yg menghasilkan (mengeluarkan) kon; konifer. berdaun 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. daun-daunan berbagai-bagai jenis daun; beberapa banyak jenis daun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun

Puisi
 

Daun serbat di dalam padi,
     Daun selasih daun semulih;
Tidak galak di dalam hati,
     Mari kita bertambat kasih.


Lihat selanjutnya...(144)
Peribahasa

Laut tidak membuang sungai,
     rimba tidak membuang latah.

Bermaksud :

Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.

 

Lihat selanjutnya...(61)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
belalangberbagai-bagai jenis serangga berkepak dan berkaki panjang yg suka memakan daun-daun: ~ daun; ~ hijau; ~ kunyit dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rabun Iasap (drpd daun-daun, dupa, dll) utk mengasapi rumah (menghalau nyamuk, meng­ubati orang sakit, dll); merabuni mengasapi (rumah, orang sakit, dll); merabunkan membakar (daun-daun, dupa, dll) utk merabuni; perabun daun-daun dll yg dibakar utk mengusir hantu syaitan dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
selebar(selébar); daun ~ sj tumbuhan (palma), daun keruh, daun lat, daun payung, daun sang, daun sar, daun segaluh, Teysmannia altifrons.Kamus Dewan Edisi Keempat
keruh IV; daun ~ sj tumbuhan (palma), daun lat, daun payung, daun sang, daun sar, daun segaluh, daun selebar, Teysmannia altifrons.Kamus Dewan Edisi Keempat
daun selebarsj tumbuhan (palma), daun keruh, daun lat, daun payung, daun sang, daun sar, daun segaluh, Teysmannia altifrons.Kamus Dewan Edisi Keempat
daun payungsj tumbuhan (palma), daun keruh, daun lat, daun sang, daun sar, daun segaluh, daun selebar, Teysmannia altifrons;Kamus Dewan Edisi Keempat
daun keruhsj tumbuhan (palma), daun lat, daun payung, daun sang, daun sar, daun segaluh, daun selebar, Teysmannia altifrons.Kamus Dewan Edisi Keempat
jaram= penjaram, jaraman benda (air daun-daun kayu dll) yg digunakan utk menyejukkan kepala (apabila demam atau sakit kepala); menjaram menyejukkan kepala dgn air daun-daun kayu dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
payung II; ~ ali a) sj tumbuhan (herba), Biophytum adiantoides; b) sj tumbuhan (pokok), Eurycoma longifolia; daun ~ sj tumbuhan (palma), daun keruh, daun lat, daun sang, daun sar, daun segaluh, daun selebar, Teysmannia altifrons; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput pinang, Mariscus cyperinus.Kamus Dewan Edisi Keempat
peruntimbunan kayu-kayu (daun-daun dll) yg hendak dibakar; puntung ~ a) sisa kayu-kayu dll yg sudah dibakar; b) Mn perjamuan yg terakhir bagi pengantin; memerun membakar saki-baki kayu-kayu (daun-daun dll) bagi kali kedua di tanah yg baru dibuka, membakar timbunan sampah: sekarang sudah tiba masanya utk ~ dan membersihkan kawasan itu sebelum menanam anak-anak getah; diperun kulambai Mn habis terbakar; pemerunan perbuatan memerun (kayu-kayu­an dll), pembakaran (sampah dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas