Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daun] | داءون

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg keluar pd batang (dahan atau akar, biasanya berhelai-helai dan berwarna hijau): ~ pisang banyak gunanya. 2 benda yg berkeping-keping tipis atau berhelai-helai: ~ terup; ~ rokok. 3 benda yg lebar dan tipis: ~ kipas; ~ tingkap. ~ biji daun pertama yg tumbuh dr biji benih. ~ emas ist daun (kepingan) drpd emas tipis (±10-6 in) spt yg terdapat dlm elektroskop. ~ luruh ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. ~ pakau (terup) kepingan kadbod tipis berbentuk empat segi yg ditandai simbol, gambar rajah dsb dan digunakan dlm permainan terup atau utk melihat nasib. ~ pintu papan dll utk menutup pintu.~ sisik ist daun yg kecil dan tipis yg melindungi mata tunas (spt pd ubi kentang). ~ telinga bahagian telinga yg di luar. ~ tirus jenis pokok yg menghasilkan (mengeluarkan) kon; konifer. berdaun 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. daun-daunan berbagai-bagai jenis daun; beberapa banyak jenis daun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun

Puisi
 

Daun serbat di dalam padi,
     Daun selasih daun semulih;
Tidak galak di dalam hati,
     Mari kita bertambat kasih.


Lihat selanjutnya...(144)
Peribahasa

Laut tidak membuang sungai,
     rimba tidak membuang latah.

Bermaksud :

Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.

 

Lihat selanjutnya...(61)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
BulbBebawangPertanianAgronomi

Pucuk di bawah tanah yang terdiri daripada daun-daun tebal yang berfungsi sebagai organ menyimpan makanan contohnya yang terdapat pada tanaman bawang. Daun-daun itu bertindih dalam lapisan sesama mereka dan mengelilingi pusat bebawang itu. Batang yang terubahsuai terletak pada pangkal bebawang dan ia mengeluarkan akar di bawahnya dan pucuk dan cabang di atasnya.

compound leafdaun majmukHerbaBotani dan BioteknologiDaun yang mempunyai lebih daripada satu anak daun yang tersusun pada rakis atau pelepah. Terdapat pelbagai jenis daun majmuk, iaitu pinat, bipinat, trifoliat dan palmat. Contoh daun majmuk ialah daun belimbing, daun ubi kayu, daun legundi, daun lemuni, daun tenggek burung dan daun palas.
compound leafdaun majmukBotaniTiadaDaun yang mempunyai lebih daripada satu lai daun yang tersusun pada rakis, iaitu yang membelah sampai ke tulang daun sehingga terbentuknya anak-anak daun. Contohnya, daun belimbing, daun asam jawa dan daun rambutan.
compound pinnatemajmuk pinatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun majmuk yang mempunyai anak daun tersusun pada satu rakis. Contohnya, daun kelapa, daun turi, daun kari dan daun dukung anak.
food vegetablesayur-sayuranPentadbiran PerniagaanTiada1. Tumbuhan atau daun-daun yang boleh dimakan seperti pucuk paku, sawi dan lain-lain.,2. Makanan daripada sayur-sayuran sama ada daun-daunan, buah dan sebagainya.
thatchatap nipahKejuruteraanKejuruteraan Bangunanatap daripada daun-daun nipah yang dianyam dan diikat kemas supaya menjadi kalis tiris.
ukir daun berejang(Ib.)ukir daun berejang(Ib.)KesenianTiadaUkiran daun yang menelusi daun lain. daun bertikam
duffsarapPertanianTiadaLapisan permukaan tanah hutan yang dilitupi oleh daun-daun, ranting, batang, kulit kayu dan buah-buahan yang baru gugur.
penyisihanpenyisihanKesenianTiadaProses membuang atau membersihkan ranting-ranting kecil atau daun-daun pada batang buluh dengan parang atau pisau.
sisiksisikKesenianTiadaProses membuang atau membersihkan ranting-ranting kecil atau daun-daun pada batang buluh dengan parang atau pisau.
12345678910...

Kembali ke atas