Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun bawang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spring oniondaun bawangPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
leeklikPentadbiran PerniagaanTiadaSayuran seperti daun bawang tetapi berdaun lebih lebar, bebawang lebih besar dan warnanya lebih putih.
catecholkatekolBiologiPatologiSebatian fenol, yang terdapat dalam jumlah yang banyak bersama-sama dengan asid protokatekuik di dalam lapisan daun bawang yang sudah tua (merah), yang boleh menyebabkan bahagian ini, tahan terhadap serangan penyakit comot.
Bulb cropsTanaman bebawangPertanianAgronomi

Jenis tanaman yang mempunyai bebawang seperti bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Hasil tanaman biasanya ialah bebawang kering yang digunakan sebagai perisa makanan. Selain itu daun bawang juga dihasilkan sebagai sayuran segar.

BulbBebawangPertanianAgronomi

Pucuk di bawah tanah yang terdiri daripada daun-daun tebal yang berfungsi sebagai organ menyimpan makanan contohnya yang terdapat pada tanaman bawang. Daun-daun itu bertindih dalam lapisan sesama mereka dan mengelilingi pusat bebawang itu. Batang yang terubahsuai terletak pada pangkal bebawang dan ia mengeluarkan akar di bawahnya dan pucuk dan cabang di atasnya.

rice valenciennenasi valenciennePentadbiran PerniagaanTiadaMasakan daripada beras, bawang, bawang putih, daging potongan dadu, daun bay dan kaldu ayam yang dimasak dan digaul bersama kacang pea, lada benggala dan cendawan.
risi bisirisi bisiPentadbiran PerniagaanTiadaMasakan daripada beras, bawang, bawang putih, daging potongan dadu, daun bay dan kaldu ayam yang dimasak dan digaul bersama kacang pea, lada benggala dan cendawan.
seed bornebawaan biji benihPertanianAgronomi

Berkaitan dengan sesuatu patogen yang dibawa melalui biji benih. Contohnya, penyakit bawaan seperti Phytopthora hendaklah dibasmi melalui penggunaan racun kulat atau bahan penyinaran. Pucuk di bawah tanah, terdiri daripada daun tebal yang berfungsi sebagai organ penyimpan makanan seperti pada tanaman bawang. Daun-daun itu bertindih dalam lapisan dan mengelilingi pusat bebawang. Batang yang terubah suai terletak pada pangkal bebawang dan mengeluarkan akar di bahagian bawah serta pucuk dan cabang di bahagian atas. Contohnya, tulip, lili dan bawang.

Swiss steak jardinierestik Swiss sayurPentadbiran PerniagaanTiadaStik Swiss yang dihidang bersama sayur-sayuran seperti lobak merah, bawang, daun saderi dan kacang pea.
Azidarachta india, Melia indica (Sin)MambuPertanianTiadaPokok ini daripada famili Meliaceae yang ditanam sebagai teduhan dan landskap. Daunnya bersifat racun serangga dan daun-daun telah dikeringkan sering kali digunakan di dalam perpustakaan lama di India untuk menghalau serangga dan buku. Asap daun yang dibakar boleh membunuh beberapa jenis serangga. Bahan pahit pada pokok mambu ialah azadarin dan margosin, iaitu bahan resin. Daun kering, kulit batang dan kulit akar dikeringkan dan dibuat ubat. Daunnya pahit dan dibuat ubat pupuk untuk ulser, sakit kulit dan bisul. Daun yang segar dibuat ubat penyakit kompleks dan demam. Air rebusan daun yang diminum sebagai ubat. Kulit batangnya dijadikan tonik yang pahit, astringen dan antiperiodik, iaitu berguna untuk mengubati demam. Tonik ini berupaya menghindari urutan demam berkala pesakit demam malaria selain berguna untuk penyakit kulit. Biji mambu mengandungi sejenis minyak berwarna kuning pekat, bersifat alerid dan berbau seperti bawang putih. Minyak ini bersifat anthelmintik dan antiseptic. Di Sri Lanka dan India, minyak ini disapu di kepala untuk membunuh kutu, kulit batang mambu mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai bahan pewarna.
123

Kembali ke atas