Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Ikat-ikat daun mengkudu,
     Hilang Melayu bergalang dada;
Duduk dekat rasa malu,
     Hilang malu kerana muda.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asparagineasparaginaKimiaBiokimiaAsid amino asli terbitan amida asid aspartik yang mempunyai kumpulan alifatik berkutub. Sebatian ini penting dalam pengawalan fungsi sel di dalam tisu saraf dan otak, dan biasanya terdapat dalam asparagus, daun-daun muda dan sebagainya.
juvenile leafdaun mudaPerhutananTiadaTiada
spear rotreput daun mudaPertanianTiadaTiada
asparagineasparagina (Asn)BioteknologiTiadaAsid amino yang pertama kali ditemukan dalam asparagus, terutama pada daun muda. Asid ini penting dalam metabolisme nitrogen pada tumbuh-tumbuhan. H2NCOCH2CH(NH2)COOH
rugose mosaicmozek gerutuBiologiPatologiMozek pada tembakau yang disebabkan oleh virus. Gejala penyakit ini ialah mengulungnya daun muda yang nampak hijau tua dengan permukaan yang menggerutu dan tebal.
evergreenmalar hijauPerhutananPengurusan HutanTumbuh-tumbuhan yang sentiasa berdaun hijau sepanjang tahun dengan mengeluarkan daun muda dan menggugurkan daun tua.
Mitragyna speciosaketumHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Rubiaceae dan dikenali juga sebagai sebiak dan biak-biak. Tumbuhan ini mudah ditemui di kawasan tepi sungai, hutan sekunder, batu kapur dan ditanam. Daunnya berbentuk ovat, uratnya jelas dan mempunyai daun pengasuh (stipul) pada daun muda. Bawah daun muda berwarna keungu-unguan. Jambak bunganya jenis umbel dan bunganya berwarna putih. Air rebusan daunnya diminum sebagai tonik untuk memberikan tenaga, menghilangkan sakit sendi dan urat, dan mengembalikan tenaga ibu selepas bersalin. Daun yang kering dihisap seperti rokok. Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan khayal dan ketagihan.
shootpucukPertanianAgronomi

 Daun muda yang tumbuh daripada bahagian hujung dahan atau batang. Pucuk ini berwarna hijau muda dan sangat lembut sebelum menjadi daun. Pucuk sangat mustahak dan perlu dilindungi dari serangan serangga perosak untuk mendapat tanaman yang sihat serta mengeluarkan hasil.

bulliform cellsel buliformBotaniTiadaSel epidermis yang bersaiz besar dan tersusun dalam barisan-barisan memanjang, yang lazimnya terdapat pada kebanyakan rumput. Sel ini terlibat dalam proses pembukaan gulungan daun muda., dan juga penggulungan serta pembukaan gulungan daun yang matang sebagai tindak balas terhadap status air dalam daun tersebut. Sel ini juga berfungsi sebagai sel penyimpan air.
Phytophthora leaf fallluruh daun PhytophthoraBiologiPatologiPenyakit pokok getah yang menunjukkan gejala luruh daun yang disebabkan oleh Glomerella cingilata dan Oidium hevea. Penyakit ini menyerang terutama sekali pada daun muda yang baru tumbuh setelah musim luruh yang sebenar pada musim kering. Daun yang terserang akan mati dan luruh. Oleh itu penyakit ini dinamakn luruh daun sekunder, untuk membezakannya dengan luruh daun yang sebenar pada musim kering.
123456

Kembali ke atas