Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.wai] | داواي

Definisi : tali drpd logam (digunakan utk mengikat sesuatu atau membuat pagar, bakul, dll), kawat; ~ duri dawai berduri yg dibuat pagar; ~ gelang (kasar) ark dawai telegraf; ~ hidup dawai yg mengalirkan arus elektrik; ~ ketegangan tinggi kawat yg mengaruskan tenaga elektrik yg tinggi; ~ mata punai dawai yg dianyam (digunakan utk membuat kandang ayam dll); umpama ayakan ~ prb pekerjaan seseorang yg tidak cermat; mendawai memasang dawai atau kawat: dia mempunyai kemahiran membaiki barang-barang elektrik dan ~; mendawaikan memasang dawai elektrik (pagar, dll): punca kebakaran tersebut akibat tindakan ~ lampu secara haram; pendawaian proses memasang dawai, sistem pemasangan dawai: Tenaga Nasional akan cuba menggantikan meter lama dgn meter baru utk memperbaik sistem ~nya; pendawai orang yg kerjanya memasang dan menyelenggarakan dawai elektrik, kabel elektrik dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.wai] | داواي

Definisi : tali yg dibuat drpd logam; kawat: ~ elektrik. ~ duri dawai berduri yg dibuat pagar. ~ hidup dawai yg mengalirkan arus elektrik. ~ mata punai dawai yg berjalin, mempunyai lubang enam segi (digunakan utk membuat reban, kandang ayam, kandang itik dll). mendawai memasang dawai; melengkapkan dgn dawai: Belia itu dilatih membaiki radio dan ~. mendawaikan memasang dawai elektrik: Litar dlm rumah utk lampu biasanya didawaikan secara selari. Apakah kebaikannya ~ lampu secara selari? pendawaian perbuatan atau hal memasang dawai: kaedah ~. pendawai orang yg kerjanya memasang dan menyelenggarakan dawai elektrik, kabel elektrik dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dawai


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
mengikut jenis mesin) yang menggunakan armatur, arus ini merujuk kepada arus yang masuk ke dalam armatur motor atau arus yang keluar dari armatur penjana. (KEJ) armature resistance (rintangan armatur) Rintangan dawai belitan armatur dalam penjana elektrik atau motor yang diu- kur pada dua punca berus atau galang gelincir yang menggunakan armatur. Dalam mesin elektrik biasanya nilai rintangan ini rendah, iaitu kurang koefisien barotropi. (HID) barrel bolt (bolt laras) Bolt yang digunakan untuk mengunci pintu dan tingkap dengan menggelang- sarkannya di dalam laras silinder logam. (KEJ) barretter (bareter) Bolometer yang terdiri daripada dawai halus atau saput logam yang pekali suhu kerintangannya positif. Alat ini digunakan untuk mengukur kuasa dalam peranti mikrogelombang. (FIZ) bartholinitis (bartolinitis) Inflamasi duktus Bartholin. (UBAT) baruria (baruria) Pengeluaran air kencing

Kembali ke atas