Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ya] | داي

Definisi : 1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budi­nya; tujuannya supaya kita berdisiplin, ber­sistem dan ~ menyelesaikan sesuatu per­soalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, men­daya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mem­pengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, ber­ke­mam­puan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ya] | داي

Definisi : ; barat ~ mata angin atau arah di antara barat dgn selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ya] | داي

Definisi : 1 tenaga; kekuatan; kemampuan: Dia kehabisan ~ utk mendaki bukit itu. 2 akal; ikhtiar; muslihat: Dia mencari ~ hendak menipu orang itu. ~ cipta kebolehan mencipta. ~ fikir keupayaan atau kekuatan utk menggunakan akal fikiran. ~ ghaib kuasa ghaib. ~ graviti kuasa (tarikan) antara dua benda, terutamanya kuasa yg menarik benda-benda ke bumi. ~ guna kemampuan utk mendatangkan hasil atau faedah: Peladang dan pesawah berusaha utk meningkatkan ~ guna tanah mereka. ~ ingatan keupayaan atau kekuatan utk mengingat sesuatu atau seseorang. ~ juang kemampuan utk mempertahankan atau mencapai sesuatu dgn sungguh-sungguh. ~ kuda satuan utk mengukur tenaga enjin dll. ~ penarik a. kebolehan utk menarik sesuatu. b. kebolehan utk menarik hati orang lain. ~ sawat kuasa atau tenaga yg dikeluarkan (dihasilkan) oleh sesuatu pesawat. ~ utama (usaha) kegiatan atau usaha utk memulakan sesuatu. berdaya bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya. mendayai 1 memberi daya (kekuatan) kpd. 2 mengenakan pengaruh pd; mempengaruhi. 3 mengenakan tipu helah pd; mengakali. memperdaya melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ binatang-binatang hutan yg lain. terdaya berkemampuan membuat sesuatu; berupaya; bertenaga; terbuat: Tidak ~ olehnya mengangkat tong yg berat itu. terperdaya tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya

Puisi
 

Apa daya bajuku ini,
     Begini lemah lagi berlari;
Apa daya hatiku ini,
     Makin dihibur makin berahi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Hendak seribu daya,
     tak hendak seribu upaya.

Bermaksud :

Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
alluren daya /penarik, tarikan/: she exercised all her ~ on him, dia menggunakan seluruh daya penariknya utk memikat lelaki itu; the old house has an indefinable ~, rumah tua itu mempunyai daya tarikan yg sukar hendak diterangkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
magneticadj 1. magnet: ~ force, daya magnet; 2. (fig.) kuat daya penariknya: a ~ personality, keperibadian yg kuat daya penariknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
south-west n 1. (direction) barat daya; 2. (area) sebelah barat daya: in the ~ of France, di sebelah barat daya Perancis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glamour, (US) glamorn 1. the often illusory excitement and attraction of st, daya tarikan, glamor: the ~ of Hollywood, daya tarikan Hollywood; there is no ~ in nursing, tdk ada glamor dlm bidang kejururawatan; 2. alluring beauty, charm, daya tarikan, glamor; (attrib), (dated) penuh /glamor, daya tarikan/: a woman with ~, wanita yg mempunyai daya tarikan; a ~ boy, pemuda yg penuh glamor.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intellectualadj 1. a. of the intellect as opposed to the emotions, intelektual, daya fikir: ~ faculties, fakulti intelektual, ~ powers, kuasa daya fikir; b. needing, appealing to, using the intellect, intelektual, approp v + daya fikir: he is interested in more ~ pursuits, dia berminat dlm aktiviti-aktiviti yg merangsang daya fikir; the discussion was too ~ for him; he was really out his depth, baginya perbincangan itu memerlukan daya fikir yg terlalu tinggi or terlalu intelektual; dia langsung tdk memahaminya; ~ topics, tajuk-tajuk yg intelektual, perbincangan intelektual; 2. having, exhibiting high intellect, intelektual: she could be described as an ~ poet, dia dapat dikatakan sbg penyair yg intelektual;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
productivityn daya pengeluaran, produktiviti: these fertilisers increase the ~ of the soil, baja ini menambah daya pengeluaran tanah itu; the raising of wages without an increase in ~ is said to be the major cause of inflation, kenaikan gaji tanpa peningkatan daya pengeluaran dikatakan menjadi penyebab utama inflasi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sensibilityn 1. capacity of sensation, daya kepekaan: with age the skin loses most of its ~, dgn meningkatnya usia, kulit semakin kurang daya kepekaannya; 2. ability to experience deep feelings of a particular kind, (daya) kepekaan: the ~ of the artist, kepekaan seorang pelukis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
southwesterly adj barat daya: a ~ wind, angin barat daya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
retentiveadj 1. good at remembering, kuat: a ~ memory, daya ingatan yg kuat; 2. having the property of retaining, mempunyai daya menyimpan: clay is more ~ of moisture than sand, tanah liat mempunyai daya menyimpan lembapan yg lebih drpd pasir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
endurancen daya ketahanan: he has great powers of ~, dia mempunyai daya ketahanan yg tinggi; ~ test , ujian ketahanan; /past, beyond/ ~ , (sso) tdk tahan: your rudeness is beyond ~, saya tdk tahan dgn sikap biadabmu itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas