Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya berfikir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKNA PERKATAAM FIKRAH

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat , kata "fikrah" bermaksud daya berfikir atau pemikiran.

Makna10.03.2009
apakah yang dimaksudkan dengan intelek?
  • Sdr. Harnizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.
  • intelek bermakna - (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar;
  • Makna30.04.2009
    Mana ayat yang betul untuk digunakan 1) Hak milik harta Intelek ATAU 2 Hak milik harta intelektual Mohon bantuan dan alasanya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Hak milik harta intelek". 

    Intelek bermaksud kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya).

    Inteléktual pula bermaksud orang (golongan, kaum) terpelajar; golongan cerdik pandai; cendekiawan.



    Lain-lain26.05.2023
    1) PENGGUNAAN SLOGAN 'TERISI MINDA DENGAN KAMI' ATAU 'MINDA TERISI DENGAN KAMI' MOHON PENCERAHANPada pandangan kami pihak yang mencipta slogan ini lebih arif mengenai makna/maksud yang hendak disampaikan. Apa yang dapat kami bantu ialah memberi maksud terisi ialah telah diisikan; minda bermaksud akal fikiran atau daya berfikir; dan dengan kami bermaksud bersama kami.Tatabahasa30.05.2013
    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah definisi harta intelek?Untuk makluman puan, kami hanya dapat membantu puan memberikan maksud setiap perkataan sahaja, contohnya:

    Harta membawa maksud barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yang dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll).

    Intelek pula bermaksud kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya), akal budi.

    Namun begitu, sekiranya pihak puan memerlukan jawapan yang lebih lengkap, pihak puan bolehlah menghubungi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), Unit 1-7, Aras Bawah, Tower B, Menara UOA Bangsar, No. 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.

    Sekian. Terima kasih.
    Makna18.05.2017
    UCMAS Education Group Adalah satu intitute swasta yang memberi program mental aritmetik. Dalam process Semasa kita membuat lesen permohonan untuk papan tanda kami menghadapi beberapa masalah untuk mengesahkan cawangan yang kita miliki di bawah tajuk "Pusat Tuisyen" atau "Pusat Perkembangan Minda". Harap dapak bantuan daripada Dewan Bahasa Pustaka mengesahkan untuk saya. Terima Kasih.Pusat tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Pusat perkembangan minda memberikan tumpuan dalam memperkembangkan daya berfikir yang sama sekali tiada persamaan dengan pusat tuistyen.Lain-lain19.07.2012
    Salam sejahtera, apakah perbezaan antara ialah, adalah dan merupakan ? Terima kasih.

    Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri hanya dua iaitu "adalah" dan "ialah". Perkataan "merupakan" ialah kata kerja dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja.  Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

    Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yang dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yang ~ fikiran yang dibuat daripada satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya seperti (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya seperti perempuan tua; ia dapat ~ dirinya seperti harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sebagai: dengan ~ dirinya sebagai se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

    Tatabahasa24.04.2013
    salam hormat.. saya ingin tahu bagaimana sesebuah novel itu boleh dikategorikan sebagai novel yang mempunyai nilai komersial & nilai intelektual serta bagaimana pula sebaliknya?Salam hormat. Untuk pengetahuan saudara, novel yang mempunyai nilai komersial ialah novel yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya. Antara ciri-ciri novel komersial ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah yang tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel komersial juga merupakan novel popular yang diminati oleh golongan remaja. Novel intelektual pula ialah novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel intelektual, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. Lain-lain08.01.2010
    Salam, Kami di Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai masalah bagi menentukan penggunaan perkataan 'ialah', 'adalah' dan 'merupakan'. Diharap pihak DBP dapat membantu kami dalam menyelsaikan masalah kami. Saya harap, pihak DBP memberi penerangan beserta contoh. Sekian dari saya... Harap membantu

    Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapa frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh:

    1. Anak ialah anugerah Allah.

    2. Kursus ini adalah untuk...

    Maksud dan contoh kata "merupakan" :

    1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

    Tatabahasa13.11.2008
    saya menghadapi beberapa kemusykilan tentang penggunaan kata pemeri. Merujuk tatabahasa dewan edisi ke-3 2008, subtopik 9.2.3.5 , berkenaan kata pemeri hanya ada dua iaitu adalah dan ialah. Bagaimana dengan kata 'merupakan' yang digunakan termasuk dalam teks rujukan buku ini dalam halaman 262 perenggan ke 2 dr bwh dan hlmn 444 perenggan atas. Bukankah perkataan 'merupakan' ialah bentuk kata keja transitif bukanya kata pemeri. sila bantu saya untuk memastikan perkara ini.

    Puan Aina,

    Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri ialah adalah dan ialah. kata merupakan ialah kata kerja. dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Oleh itu frasa adalah merupakan tidak boleh digunakan. Dalam halaman yang saudara nyatakan perkataan merupakan itu memang bukan kata pemeri.  

    Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

    Tatabahasa06.10.2010
    12

    Kembali ke atas