Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya berfikir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dementiademensiaPerubatanTiadaPenyakit yang disebabkan gangguan keupayaan kognitif yang mengakibatkan kemerosotan daya ingatan, daya berfikir, daya merancang dan penjagaan kendiri.
social gainskeuntungan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganManfaat yang diperoleh oleh masyarakat kesan daripada perkembangan pembangunan, projek atau program. Keuntungan atau manfaat ini tidak dilihat dari sudut kewangan atau material tetapi lebih membawa makna keuntungan sosial yang bersifat pengukuhan hubungan sosial, peningkatan pendidikan dan daya berfikir, keharmonian hubungan kaum, kestabilan sosial, peningkatan kesedaran sivil dan sebagainya.Idea ini dibincangkan oleh K. Sabbarao (1993) dalam kajian Social Gains from Female Education: A cross National Study. Contohnya, peningkatan pendidikan di kalangan wanita luar bandar telah memberi keuntungan sosial kepada masyarakat tersebut seperti kelahiran beberapa pemimpin politik.
altered thought processproses pemikiran terubahPerubatanTiadaKeupayaan proses berfikir yang berubah akibat gangguan kesedaran, persepsi, daya ingat, daya rasional, kebolehan mental dan kecerdasan.
cognitive skillkemahiran kognitifPengurusanPerancanganKemampuan seseorang untuk berfikir, mempelajari dan memahami sesuatu ilmu atau pengetahuan. Kemahiran ini berasaskan keupayaan akal fikiran seseorang yang dipengaruhi oleh faktor genetik semula jadi dan juga daya usaha untuk meningkatkan kemampuannya. Kemahiran kognitif tahap tinggi memungkinkan seseorang untuk menganalisis situasi, menghuraikan dan menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh kemahiran kognitif semula jadi ialah kemampuan seseorang untuk memperoleh tahap pengajian dalam sesuatu bidang kepakaran yang sukar dicapai oleh orang lain, seperti bidang sains, kejuruteraan dan keagamaan. Contoh pembangunan kemahiran kognitif secara daya usaha dalam sesebuah organisasi pula adalah dengan mempelajari sesuatu pengetahuan melalui latihan dan bimbingan.
bounded rationalityrasionaliti terikatPentadbiranPentadbiran Awam

Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan.


Kembali ke atas