Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.bat] | ديبت

Definisi : (débat) bahas, perbahasan: majlis ~ pd malam itu tidak jadi diadakan; berdebat, berdebat-debatan bertukar fi­kir­an (biasanya yg bertentangan) atau ber­bantahan bkn sesuatu perkara, berbahas: mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan utk ~ di muka umum; mendebat membantah (sesuatu pendapat, pendirian, dll) dgn mengemukakan alasan atau hujah, membahas; mendebatkan, memperdebatkan men­debat tentang sesuatu, membahaskan, mem­perbantahkan: ketika itu mereka sedang ~ hal-hal parti politik; perdebatan pertukaran fikiran biasanya yg bertentangan mengenai sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan: ~ mengenai pe­­rincian belanjawan Kementerian Pendidikan akan diteruskan pd hari Khamis; pendebatan perihal (perbuatan dsb) men­debatkan atau memperdebatkan: soalan-soalan begini tidak mudah dijawab dan kerana itu ~ mengenainya masih berterusan; pendebat orang yg berdebat (mendebat), pembahas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.bat] | ديبت

Definisi : /débat/ 1 perbincangan mengenai sesuatu hal dgn saling memberikan alasan utk mempertahankan hujahnya. 2 peraduan berbahas. berdebat berbincang ttg sesuatu hal dgn saling memberikan alasan utk mempertahankan hujahnya: Mahasiswa universiti telah ~ mengenai akta tsb. mendebat membantah pendapat orang lain dgn memberikan alasannya; membahas. mendebatkan menjadikan sbg bahan utk berdebat; memperbantahkan: Mereka masih lagi ~ hal kenaikan gaji. perdebatan perbuatan atau hal berdebat; perbahasan: ~ ttg hak-hak perseorangan itu berakhir dgn pergaduhan. pendebatan perbuatan, hal dsb mendebat atau mendebatkan: ~ isu itu memakan masa yg sangat panjang. pendebat orang yg mendebat; pembahas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata debat


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
formatn format: the newspaper appeared in a new ~, akhbar itu diterbitkan dlm format baru; we’ll have to find a different ~ for our debates, kita mesti mencari format lain utk debat-debat kita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tilt~ at, attack verbally or in writing, mengkritik: he used the debate to ~ at the opposition’s proposals, dia menggunakan debat itu utk mengkritik syor pihak pembangkang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overheatedadj 1. too hot, /terlampau, terlalu/ panas: an ~ room, bilik yg terlalu panas; the engine is ~, enjin itu terlampau panas; 2. agitated, naik berangsang; (of conversation, argument, etc) hangat: they both became ~ during the discussion, kedua-dua mereka naik berangsang semasa perbincangan itu; an ~ debate, debat yg hangat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
friendly4. having favourable attitude, (sedia) menerima; (to a cause) menyokong: a government ~ to overseas investors, kerajaan yg sedia menerima pelabur asing; a group ~ to our cause, kumpulan yg menyokong perjuangan kita; 5. done for pleasure, entertainment, etc, persahabatan; (of argument) sbg sahabat: a ~ match, perlawanan persahabatan; a ~ debate, debat persahabatan; they are only having a ~ argument, mereka berbalah sbg sahabat sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
speakern 1. one who is in the act of speaking, orang yg bercakap; (when making a speech) penceramah; (in debate) pendebat: the voice of the ~ could be plainly heard in the next room, suara orang yg bercakap itu dapat didengar dgn jelasnya di bilik sebelah; he is a good public ~, dia pemidato yg baik; he was the opening ~ in the debate, dia penceramah pertama dlm debat itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas