Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.bu] | دبو

Definisi : 1. tanah kering atau bahan lain dlm bentuk serbuk halus yg menutupi bumi, permukaan benda, atau yg berterbangan ditiup angin: ~ di tepi jalan itu berterbangan apabila kereta lalu; 2. sl patik, hamba; ~ tuanku hamba tuanku; berdebu ada debu, dipenuhi debu, berhabuk, terdapat (diliputi dsb) debu yg berterbangan: jalan-jalan yg ~; mendebu menjadi spt debu (menjadi halus); cakap ~ cakap (pertuturan) yg keluarnya ber­talu-talu; mendebukan menjadikan atau menyembur­kan dlm bentuk debu: oleh yg demikian, pendebu alat utk mendebukan (racun kulat dll).telah diciptakan alat yg boleh menyemburkan atau ~ racun kulat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.bu] | دبو

Definisi : habuk yg halus drpd tanah dll; abu; lebu: ~ yg berterbangan itu masuk ke dlm matanya. berdebu ada debunya; dipenuhi debu; berhabuk: Jalan yg belum bertar itu masih ~ lagi. mendebu 1 seakan-akan debu; sbg debu (halus sekali). 2 menaburkan atau menyemburkan debu: Kapal terbang juga digunakan utk menyembur dan ~. mendebui menyapu atau menaburkan debu pd; menyelaputi sesuatu dgn debu: Penyakit kulat dpt dikawal dgn ~ daun dgn serbuk sulfur. pendebu ubat atau bahan dlm bentuk debu (utk mencegah penyakit dll): Serbuk sulfur dpt digunakan sbg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata debu

Puisi
 

Satu keempat pukul lima,
     Baru mendapat hari nak siang;
Hendak mendapat macam yang lama,
     Biar menjadi debu melayang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kelimpanan mata dek pengelan.

Bermaksud :

Dikecewakan oleh orang yang diharapkan. kelimpanan = kelilipan; mata kemasukan debu atau sebagainya; pengelan = galah buat menjolok buah-buahan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dust filtertapis debu/turas debuFizikTiadaTiada
dust filtertapis debu/turas debuKomunikasi MassaTiadaTiada
dust filtertapis debu/turas debuPerubatanTiadaTiada
volcanic dustdebu gunung berapi; debu volkanoFizikTiadaTiada
volcanic dustdebu gunung berapi; debu volkanoGeografiTiadaTiada
volcanic dustdebu gunung berapi; debu volkanoGeologiTiadaZarah paling halus yang terhumban ke udara sewaktu letusan volkano.
volcanic dustdebu gunung berapi; debu volkanoPerikananTiadaTiada
volcanic dustdebu gunung berapi; debu volkanoPertanianTiadaTiada
duststormribut debuMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeadaan cuaca buruk yang dicirikan oleh angin kuat serta berdebu dan meliputi kawasan yang luas. Ribut debu datang dengan tiba-tiba dalam bentuk tembok debu yang mara ke hadapan, panjangnya mencapai beberapa kilometer, tingginya mencapai beberapa ribu meter, dan ketampakan mendatarnya kurang daripada 1000 meter. Udara di hadapan ribut debu sangat panas, berangin silir, dan mungkin terdapat beberapa pusar debu yang terpisah atau tercantum dengan jisim utama.
dust devilpusar debuGeografiTiadaSebuah pusingan debu yang singkat di mana zarah-zarah debu diangkut memusari sebuah vorteks dan dijulang ke aras yang sangat tinggi dalam atmosfera.
12345678910...

Kembali ke atas