Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.dah] | دده

Definisi : ; terdedah 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar; keterdedahan perihal (keadaan) terdedah: teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yg wujud dlm negeri; dedahan 1. sesuatu yg didedahkan; 2. hasil mendedahkan; pendedahan 1. perihal mendedahkan (me­maparkan, menampakkan, memper­lihat­kan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~ perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan; 2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang me­ngetahui atau memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri; kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.dah] | دده

Definisi : ;mendedahkan 1 membuka sesuatu yg tertutup: Dia ~ hidangan itu. 2 menampakkan atau memperlihatkan sesuatu yg sepatutnya tertutup (terlindung): pakaian yg ~ belakang. 3 memecahkan rahsia atau membentangkan perkara-perkara yg tidak diketahui sebelumnya: Polis telah ~ segala kelakuannya yg tidak baik itu kpd hakim. 4 memperkenalkan (memberitahukan) sesuatu perkara dsb: Kita seharusnya ~ hal-hal dunia luar kpd kanak-kanak. terdedah 1 terbuka (bkn pintu, tingkap dsb): Jangan biarkan pintu depan itu ~, nanti dimasuki pencuri. 2 tidak tertutup (bkn makanan, badan dll): Mengapa hidangan ini ~ saja? 3 dpt dipengaruhi oleh: Apabila hubungan diperluas, sesuatu masyarakat itu ~ kpd perkembangan peradaban dlm masyarakat lain. 4 tidak dilindungi: Tugas yg sulit itu ~ kpd bahaya. pendedahan 1 perbuatan atau hal mendedahkan: ~ betis dan paha sudah menjadi lumrah dan perlu disekat. 2 pengenalan kpd sesuatu perkara: ~ murid-murid sekolah kpd perkembangan bahasa Melayu. dedahan sesuatu yg didedahkan; hasil mendedahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barebackdedah belakangKesenianTiadaDedah belakang: Pakaian yang mendedahkan sebahagian besar badan bahagian belakang.
open cast miningperlombongan dedahGeografiTiadaPerihal perlombongan permukaan yang dijalankan di dalam sebuah lombong dedah termasuk peletupan, pengorekan, pemecahan dan pengeluaran batuan bermineral.
exposededahFizikTiadaTiada
exposededahKomunikasiTiadaTiada
doxingdedah mayaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTindakan mendedahkan dan menyebarkan maklumat peribadi tentang individu atau organisasi secara terbuka tanpa izin pemiliknya, misalnya seperti nombor telefon, alamat dan gambar peribadi. Pendedahan ini biasanya dilakukan di dunia maya melalui Internet.
doxingdedah mayaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTindakan mendedahkan dan menyebarkan maklumat peribadi tentang individu atau organisasi secara terbuka tanpa izin pemiliknya, misalnya seperti nombor telefon, alamat dan gambar peribadi. Pendedahan ini biasanya dilakukan di dunia maya melalui Internet.
underexposekurang dedahKomunikasiTiadaTiada
bump exposurededah sinar pantulGeografiTiadaTiada
selective exposurededah pilihPendidikanTiadaTeknik memberi pendedahan kepada pelajar atau filem bergantung kepada keadaan tertentu.
croftingluntur dedahKesenianTiadaSinonim : grass bleaching
12345678

Kembali ke atas