Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.da/] | ددق

Definisi : kulit padi yg menjadi serbuk ketika padi ditumbuk;bagai padi hendakkan ~, bagai laki hen­dakkan kendak prb orang yg suka menolak pem­berian yg baik dan lebih suka membuat pe­kerjaan buruk; minta ~ kpd orang me­ngubik prb minta bantuan pd orang yg tidak mampu menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.da/] | ددق

Definisi : ; berdedak, mendedak bersesak-se­sak, berapat-rapat (bkn perahu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.da/] | ددق

Definisi : ; berdedak menaruh perasaan den­dam atau sakit hati, berdendam: memang sudah lama hati saya ~ melihat lagak lakumu dlm negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.da/] | ددق

Definisi : 1 kulit padi yg menjadi serbuk semasa ditumbuk. 2 serbuk halus drpd kulit padi (yg dimesin) sbg bahan makanan ayam, itik dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedak

Puisi
 

Kalau dedak katakan dedak,
     Jangan saya tertampi-tampi;
Kalau hendak katakan hendak,
     Jangan saya ternanti-nanti.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tidak terindang dedak,
     berbiak lagi.

Bermaksud :

Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rice brandedak padiPerikananAkuakulturBahan ramuan atau bahan mentah yang digunakan dalam formulasi makanan rumusan sebagai pengisi dan sumber karbohidrat. Dedak padi merupakan selaput antara kulit padi dengan beras yang terdiri daripada lapisan aleuron, germa dan sebahagian daripada endosperma yang diperoleh semasa pemprosesan padi untuk menghasilkan beras. Berat dedak padi ini adalah 10% daripada keseluruhan berat padi dan mengandungi aras protein, lemak, vitamin dan mineral yang lebih tinggi berbanding beras. Kandungan proteinnya ialah sebanyak 12% – 15% dan bahan serabutnya pula sebanyak 16% – 18%. Dedak padi juga mempunyai kandungan tenaga, fosforus dan vitamin B yang tinggi serta kerap digunakan sebagai salah satu komponen dalam makanan ayam dan ternakan lain. Walau bagaimanapun, bahan ini juga mengandungi faktor antipemakanan yang dikenali sebagai fitat atau asid fitik yang boleh menjejaskan penyerapan fosforus. Terdapat dua jenis dedak padi, iaitu dedak padi biasa yang mengandungi 8% lemak dan dedak padi dinyahlemak dengan 1 – 2 % lemak.
brandedak (haiwan)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Dedak: Kulit bijian gandum, rai atau lain-lain yang terpisah daripada isinya, sebagai makanan binatang.
poultry feedmakanan poltriVeterinarTiadaMakanan yang diberikan kepada unggas yang dicampur dengan pelbagai jenis bahan makanan. Antara bahan yang kerap digunakan ialah jagung, mil kacang soya, mil ikan, dedak gandum dan dedak padi. Bagi mendapatkan makanan yang lengkap dan seimbang untuk keperluan ternakan ini, sumber mineral, vitamin serta asid amino tambahan diperlukan. Biasanya, terdapat beberapa jenis makanan untuk ternakan seperti ayam iaitu makanan pemula, makanan pertumbuhan/penamat, makanan penelur dan pembiak. Jenis-jenis makanan tersebut berbeza antara satu sama lain dari segi kandungan protein, tenaga dan serabut. Makanan jenis prapemula dan pemula biasanya diberi kepada ayam yang mengandungi protein kasar antara 21-23% kerana ternakan ini memerlukan protein yang tinggi. Makanan untuk ayam penelur pula perlu mengandungi kalsium yang agak tinggi bagi menampung keperluan kalsium dalam pembentukan telur.
brandedakVeterinarTiadaBahagian selaput luar pada biji benih yang diasingkan semasa proses pengisaran. Bahagian ini mengandungi serabut pada aras yang tinggi, iaitu sebanyak 10-15%. Selain itu, bahagian ini turut mengandungi lemak atau minyak yang boleh diekstrak. Biasanya, dedak diperoleh daripada padi dan gandum selepas diproses bagi mendapatkan beras dan tepung gandum untuk kegunaan manusia. Dedak sesuai dijadikan makanan haiwan kerana mempunyai tenaga yang tinggi dan kandungan protein yang sederhana tinggi, iaitu sebanyak 13-18%.
bran (cereals)dedak (bijirin)PertanianAgronomi

Kulit luar bijirin seperti padi dan gandum yang diasingkan daripada butiran beras atau gandum dalam proses pengilangan. Kulit ini mengandungi 20 peratus selulosa yang boleh dijadikan sumber fiber dalam makanan. Dedak juga kaya kandungan kanji, protein, vitamin dan mineral yang digunakan sebagai makanan ternakan.

wheatgandumVeterinarTiadaSejenis bijirin yang menjadi makanan utama manusia. Bijirin ini mengandungi 82% endosperma, 15% dedak dan 3% germa. Semasa pengilangan, dedak dan germa dipisahkan untuk menghasilkan tepung. Dalam keadaan biasa, pengilangan akan menghasilkan 74% tepung dan 26% residu yang merupakan bahan sampingan. Walau bagaimanapun, terdapat juga varieti gandum yang khusus sebagai makanan ternakan. Bijirin ini biasanya mengandungi 10-12% protein kasar, 1.9-2.2% serabut kasar, 1.6-1.9% lemak dan 1.7% abu. Kandungan tenaganya pula ialah 13-16 MJ/kg. Nama saintifik: Triticum aestivum.
cereal by-producthasil sampingan bijirinVeterinarTiadaBahan-bahan sampingan yang diperoleh daripada proses pengisaran bijirin. Contohnya, dedak dan sekam yang terhasil daripada pemprosesan padi. Pengisaran gandum pula menghasilkan dedak gandum, polard gandum dan mil germa gandum. Bahan-bahan ini digunakan sebagai sumber tenaga sebanyak 12-14 MJ/kg dan sumber protein sebanyak 8-9% dalam pemformulasian makanan. Bahan ini sesuai untuk makanan semua jenis ternakan.
wheat milling by-producthasil sampingan pengilangan gandumVeterinarTiadaHasil sampingan yang didapati daripada proses pengilangan gandum untuk dijadikan makanan ternakan. Antara hasil sampingan yang diperoleh ialah dedak gandum, mil germa gandum dan middling atau polard gandum. Dedak gandum mengandungi 8.5-12% serabut kasar dan 12.5-16% protein kasar. Middling pula merupakan campuran dedak dan endosperma yang mengandungi 2-4% serabut kasar dan 15-18% protein manakala, germa gandum mengandungi 22-32% protein kasar tetapi rendah kandungan serabutnya. Namun begitu, ia merupakan sumber yang baik untuk vitamin E dan tiamina.
feedmakananVeterinarTiadaBahan makanan yang diberi kepada haiwan bagi tujuan saraan, pertumbuhan dan pengeluaran. Bahan makanan berbeza mengikut jenis haiwan, misalnya haiwan ruminan diberi bahan kasar (berserabut) atau foraj seperti rumput, jerami dan hasil sampingan pertanian, manakala haiwan monogaster pula diberi konsentrat yang tinggi kualitinya seperti jagung, hampas kacang soya, dedak padi, dedak gandum, barli dan mil ikan. Bahan makanan ini membekalkan protein, tenaga, mineral dan vitamin untuk menjamin kesempurnaan hidup ternakan. Di samping itu, bahan makanan ini diperlukan untuk menghasilkan produk-produk seperti daging, telur, susu dan bulu. Makanan yang diberi kepada ternakan mestilah berkualiti, enak, mudah dikendalikan, tiada kandungan toksik, mempunyai nilai cerna yang tinggi dan mencukupi kandungan nutriennya.
brandedak (haiwan)PerubatanTiada2. Baran: Epidermis atau kulit butir bijirin yang diasingkan dan dijadikan tepung.
123456

Kembali ke atas