Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.da.lu] | ددالو

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), dalu-dalu; 2. semua jenis pokok menumpang; spt ~ api hinggap di pohon kayu; hinggap di batang, batangnya mati, hinggap di ran­ting, rantingnya patah prb apabila orang yg jahat bercampur dgn orang yg baik-baik, akhirnya rosaklah orang yg baik-baik itu; ® dalu II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.da.lu] | ددالو

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), dalu; 2. sj tumbuhan (pokok), Salix tetras­perma; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.da.lu] | ددالو

Definisi : 1 nama sj pokok; dalu-dalu, Salix spp.. 2 semua jenis pokok menumpang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedalu

Puisi
 

Selat Teberau lompat gajah,
     Sambil menanduk akar dedalu;
Berderau rasanya darah,
     Hendaklah ke janda dahulu.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sama erti / makna - Oneng-oneng, berbarau, berbotok, cecawi, cecekak, dedalu, dedamak, dedaru, dedaup, memaya, tetuban.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
1. oneng-oneng -  anak piut (ke­tu­runan yg kelima)
2. berbarau - nama sejenis burung, Pycnonotus zeylanicus
3. berbotok - perkataan "berbotok" tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah bebotok yang bermaksud sejenis lauk ikan yang dirempahi, dibungkus dengan daun, dan dikukus.
4. cecawi - beberapa jenis burung, Dicrurus spp.
5. cecekak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami
6. dedalu - 1. sejenis tumbuhan (pokok), dalu; 2. sejenis tumbuhan (pokok), Salix tetras­perma;
7. dedamak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah dedamak bulu, dedamak asam, dedamak air yang merujuk kepada jenis tumbuhan
8. dedaru - sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Ica­cinaceae, kayunya sesuai dibuat perabot, papan lantai, dll, samala (di Sabah), Cantleya corniculata.
9. dedaup - 1. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar suluh, Bauhinia cornifolis; 2. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kangkatuk, kempaga, Bauhinia flammifera; 3. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, Bauhinia bidentata.
10. memaya - sejenis tumbuhan (pokok), Homa-lanthus populneus.
11. tetuban - selaput pembungkus janin (dalam kandungan) dan tembuni
Makna02.04.2014

Kembali ke atas