Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.di.ka.si] | ديديکاسي

Definisi : (dédikasi) 1. pengabdian diri, masa, dll sepenuhnya kpd sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dll); 2. inskripsi atau pengumuman yg ditambah pd awal buku, gubahan muzik, dll yg ditujukan kpd seseorang atau sesuatu; berdedikasi menunjukkan atau memberikan dedikasi: diharapkan bimbingan ini akan lebih merangsang mereka utk menjadi penulis yg lebih ~ terhadap seni dan masya­rakat; mendedikasikan menujukan sesuatu (me­sej sesebuah buku, gubahan muzik, dll) kpd seseorang atau sesuatu sbg tanda peng­hor­matan atau kasih sayang: saya ingin ~ buku ini kpd Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.di.ka.si] | ديديکاسي

Definisi : /dédikasi/ 1 pengorbanan tenaga (masa dll) utk sesuatu. 2 ketekunan; kesungguhan: Islam menganjurkan supaya kita berusaha dgn penuh ~ dlm sebarang lapangan. berdedikasi 1 sanggup mengorbankan tenaga (masa dll) utk sesuatu: Mereka berjaya membentuk satu pasukan yg ~. 2 tekun; sungguh-sungguh: Matlamatnya ialah menjadikan mereka sbg pekerja yg berdisiplin dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedikasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud dedikasi Maksud dedikasi ialah 1. pengabdian diri, masa, dll sepenuhnya kpd sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dll); 2. inskripsi atau pengumuman yg ditambah pd awal buku, gubahan muzik, dll yg ditujukan kpd seseorang atau sesuatu. T kasih. Makna31.07.2008
Bolehkah saya namakan Anugerah Komited dan Anugerah Dedikasi sebagai dua anugerah yang berbeza? Saya melihat perkataan Komited dan Dedikasi kedua-duanya membawa maksud "bersungguh-sungguh terhadap sesuatu". bagaimana saya nak menerangkan perbezaannya kepada orang lain?
Salam sejahtera,

Komited dan Dedikasi membawa maksud yang sama iaitu sesuatu perkara yang dilakukan melalui pengabdian diri atau masa semaksimumnya kepada sesuatu tujuan tertentu. Cadangan kami, gunakan Anugerah Dedikasi.

Sekian, terima kasih.
Makna17.12.2019
Difinisi: 1. Kualiti 2. Pendidik 3. Pendidikan 4. Dedikasi 5. Sahsiah.Kualiti ialah darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu. Pendidik bermakna orang yg mendidik, guru. Pendidikan ialah perihal mendidik. Dedikasi bermakna pengabdian diri, masa. Sahsiah keperibadian, peribadi. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna20.09.2008
Bolehkah penggunaan perkataan dedikasi seperti ini: "Buku ini didedikasikan bagi anda" atau boleh ganti dengan "dipersembahkan"? Terima kasihAyat yang betul ialah "Buku ini didedikasikan kepada anda". Tatabahasa12.08.2023
Adakah ayat " Meraikan Dedikasi 30 Tahun" betul? Ayat asal dalam bahasa inggeris adalah "Celebrating 30 Years of Dedication" Minta bantuan. Terima KasihTerjemahan yang dicadangkan ialah Meraikan Perkhidmatan Berdedikasi Selama 30 TahunPenyemakan dan penterjemahan01.03.2017
semangat bekerjasama atau semangat kerjasama? nilai berdedikasi atau nilai dedikasi?

Penggunaan yang betul ialah semangat bekerjasama dan nilai berdedikasi. Semangat bekerjasama merujuk pada kemahuan untuk berbuat sesuatu secara bekerja bersama-sama atau dengan cara saling membantu (menyumbang) bergotong-royong. Imbuhan beR- dalam bekerjasama membawa pengertian bersama-sama.

 

Manakala berdedikasi merujuk pada sifat pemikiran yang tinggi atau kesanggupan mengorbankan tenaga, masa dan lain-lain untuk sesuatu. Imbuhan beR- dalam berdedikasi membawa pengertian mempunyai. Rujuk Tatabahasa Dewan berkaitan aspek makna awalan beR-.

Tatabahasa10.03.2014
Saya memerlukan pada 19/03/11 Saya ingin tanya bahawa ayat di bawah betul atau salah? Jika salah, berikan yang betul. 1.Setiap tugasan yang diberikan, kita harus melakukan dengan penuh dedikasi. 2.Terdapat beberapa kekecualian dalam hukum tatabahasa. 3.Halim mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil.

Ayat yang betul ialah:

1.Setiap tugasan yang diberikan, kita harus lakukan dengan penuh dedikasi.

2.Terdapat beberapa kekecualian dalam hukum tatabahasa.

3.Halim mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil.

Tatabahasa18.03.2011
12. Pengerusi juga turut menekankan keperluan Leading by Example, ahli perlu menunjukkan contoh yang terbaik di samping mempunyai sikap yang dedikasi dan juga preservation strategi. Selain itu, sikap adil dan saksama juga ditekankan agar sesuatu keputusan yang dibuat adalah tegas dan tidak mempunyai sikap terlalu banyak bersimpati kepada anggota bawahan terutamanya kepada 6 kesalahan besar yang telah digariskan di dalam TLDM. Pengerusi juga mahukan kesemua ahli memastikan kepada 2 sistem berjalan lancar iaitu divisional system yang melibatkan anggota bawahan dan mentoring system yang melibatkan pegawai-pegawai yang berpotensi tinggi. Penekanan perlu diberikan kepada kedua-dua sistem tersebut dan ianya akan memberikan kebaikan kepada TLDM. Pengerusi menghendaki satu mesyuarat diadakan di peringkat Markas Panglima masing-masing bagi memastikan kedua-kedua sistem tersebut dilaksanakan serta setiap Panglima memastikan pelaksanaan perkara tersebut.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Tatabahasa13.01.2014
Salam! Boleh saya tahu sama ada wujud perkataan dalam bahasa Melayu bagi istilah "Festschrift" iaitu sebuah buku yang meraikan seorang ahli akademik. Tepatkah jika saya menggunakan Feskrip? Terima kasih!Untuk makluman, padanan istilah bahasa Melayu untuk festschrift ialah terbitan dedikasi (bidang Perpustakaan) dan skrip kenangan (bidang Kesusasteraan).Istilah11.05.2011
Saya ingin mendapatkan padanan bagi istilah 'festschrift' dalam bahasa Melayu. saya telah merujuk kamus dwi bahasa terbitan dewan tetapi istilah tersebut tidak wujud. Bolehkah saya gunakan istilah Inggerisnya sahaja dengan mencondongkan ejaannya dalam cetakan?Untuk makluman, padanan istilah bahasa Melayu untuk festschrift ialah terbitan dedikasi (bidang Perpustakaan) dan skrip kenangan (bidang Kesusasteraan).Istilah12.05.2011
12

Kembali ke atas