Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.di.ka.si] | ديديکاسي

Definisi : (dédikasi) 1. pengabdian diri, masa, dll sepenuhnya kpd sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dll); 2. inskripsi atau pengumuman yg ditambah pd awal buku, gubahan muzik, dll yg ditujukan kpd seseorang atau sesuatu; berdedikasi menunjukkan atau memberikan dedikasi: diharapkan bimbingan ini akan lebih merangsang mereka utk menjadi penulis yg lebih ~ terhadap seni dan masya­rakat; mendedikasikan menujukan sesuatu (me­sej sesebuah buku, gubahan muzik, dll) kpd seseorang atau sesuatu sbg tanda peng­hor­matan atau kasih sayang: saya ingin ~ buku ini kpd Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.di.ka.si] | ديديکاسي

Definisi : /dédikasi/ 1 pengorbanan tenaga (masa dll) utk sesuatu. 2 ketekunan; kesungguhan: Islam menganjurkan supaya kita berusaha dgn penuh ~ dlm sebarang lapangan. berdedikasi 1 sanggup mengorbankan tenaga (masa dll) utk sesuatu: Mereka berjaya membentuk satu pasukan yg ~. 2 tekun; sungguh-sungguh: Matlamatnya ialah menjadikan mereka sbg pekerja yg berdisiplin dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedikasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RINGLING BERSAUDARA

Ringling bersaudara ialah sekumpulan lima

adik-beradik yang menubuhkan sarkas paling

terkenal dalam sejarah hiburan Amerika Syarikat.

Mereka ialah Albert (1852–1916), Otto (1858–1911),

Alfred (1861–1919), Charles (1864–1926), dan John

(1866–1936). Dedikasi serta kemahiran pengurusan

organisasi membantu mereka membentuk satu

kumpulan kecil pembuat persembahan yang

menjadi salah sebuah sarkas terunggul di dunia.

UMUM 
TENNYSON, LORD

Tennyson, Lord (1809–1892), atau nama

sebenarnya Alfred Tennyson ialah penyair Inggeris

yang amat penting pada tahun 1800-an. Dia

menggantikan William Wordsworth sebagai penyair

negara di United Kingdom pada tahun 1850.

Tennyson memperoleh kedudukan dalam

kesusasteraan kerana bakat semula jadinya yang

luar biasa, dan dedikasi sepanjang kerjayanya yang

begitu lama berusaha ke arah mencapai

kecemerlangan seni. Kini, Tennyson dipandang

tinggi sebagai penyair agung negara dan sebagai

salah seorang ahli seni yang terulung dalam bahasa

Inggeris.

UMUM 
REKAMAN DARI TUJUH DAERAH

REKAMAN DARI TUJUH DAERAH, kumpulan puisi Mh. Rustandi Kartakusuma. Kumpulan puisi ini diterbitkan oleh Balai Pustaka pada tahun 1951 di Jakarta,  Indonesia. Rekaman dari Tujuh Daerah mengandungi 150 buah puisi. Puisi-puisinya dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu, ‘Tujuh Daerah Gelepur’ (14), ‘Maju Jalan’ (13), ‘Menjelang Fajar’ (14), ‘Muara di Bawah Fajar’ (15), ‘Teres dan Butir’ (10) “Laut yang Membiru’ (53) dan ‘Pasang’ (31). Pada kulit dalam pertama terdapat dedikasi ‘Kangge Mama + Ibu Waktos Ngungsi’ (Untuk Mama + Ibu Mengungsi).

SASTERAKarya

Kembali ke atas