Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.di.ka.si] | ديديکاسي

Definisi : (dédikasi) 1. pengabdian diri, masa, dll sepenuhnya kpd sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dll); 2. inskripsi atau pengumuman yg ditambah pd awal buku, gubahan muzik, dll yg ditujukan kpd seseorang atau sesuatu; berdedikasi menunjukkan atau memberikan dedikasi: diharapkan bimbingan ini akan lebih merangsang mereka utk menjadi penulis yg lebih ~ terhadap seni dan masya­rakat; mendedikasikan menujukan sesuatu (me­sej sesebuah buku, gubahan muzik, dll) kpd seseorang atau sesuatu sbg tanda peng­hor­matan atau kasih sayang: saya ingin ~ buku ini kpd Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.di.ka.si] | ديديکاسي

Definisi : /dédikasi/ 1 pengorbanan tenaga (masa dll) utk sesuatu. 2 ketekunan; kesungguhan: Islam menganjurkan supaya kita berusaha dgn penuh ~ dlm sebarang lapangan. berdedikasi 1 sanggup mengorbankan tenaga (masa dll) utk sesuatu: Mereka berjaya membentuk satu pasukan yg ~. 2 tekun; sungguh-sungguh: Matlamatnya ialah menjadikan mereka sbg pekerja yg berdisiplin dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedikasi


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sumandak KdgadisRindukah yang membisikkan pada diri yang hatiku terbawa sama oleh sumandak yang seorang itu.Dedikasi untuk ArbainahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas