Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.di.ka.si] | ديديکاسي

Definisi : (dédikasi) 1. pengabdian diri, masa, dll sepenuhnya kpd sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dll); 2. inskripsi atau pengumuman yg ditambah pd awal buku, gubahan muzik, dll yg ditujukan kpd seseorang atau sesuatu; berdedikasi menunjukkan atau memberikan dedikasi: diharapkan bimbingan ini akan lebih merangsang mereka utk menjadi penulis yg lebih ~ terhadap seni dan masya­rakat; mendedikasikan menujukan sesuatu (me­sej sesebuah buku, gubahan muzik, dll) kpd seseorang atau sesuatu sbg tanda peng­hor­matan atau kasih sayang: saya ingin ~ buku ini kpd Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.di.ka.si] | ديديکاسي

Definisi : /dédikasi/ 1 pengorbanan tenaga (masa dll) utk sesuatu. 2 ketekunan; kesungguhan: Islam menganjurkan supaya kita berusaha dgn penuh ~ dlm sebarang lapangan. berdedikasi 1 sanggup mengorbankan tenaga (masa dll) utk sesuatu: Mereka berjaya membentuk satu pasukan yg ~. 2 tekun; sungguh-sungguh: Matlamatnya ialah menjadikan mereka sbg pekerja yg berdisiplin dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedikasi


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Dedikasi untuk S. Othman KelantanAbd Aziz ItarUtusan Malaysia11.08.2008
Dedikasi 50 tahun penulisan kreatifAzman IsmailUtusan Malaysia16.06.2008
Dedikasi Tiara berbayarFaizal SaharuniKosmo09.05.2007
Dedikasi pembikin filemSubashini RajandraKosmo05.04.2007
DedikasiKemalaUtusan Melayu31.08.1969
DedikasiSaad TaibUtusan Zaman28.07.1996
DedikasiMahaya Mohd YassinBerita Minggu08.12.1996
DedikasiMahaya Muhammad YassinBerita Minggu06.10.1985
DedikasiMahaya Muhammad YassinBerita Minggu06.10.1985
Dedikasi Buat GadiskuAmmi ManjaUtusan Borneo17.05.1995
1234

Kembali ke atas