Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.fi.ni.si] | ديفينيسي

Definisi : (définisi) kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian besar perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti; berdefinisi mempunyai definisi, bertakrif; mendefinisikan memberikan definisi, men­-takrifkan: ~ istilah; endefinisian perihal (perbuatan dsb) men­definisikan, pemberian definisi, pen­takrifan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.fi.ni.si] | ديفينيسي

Definisi : /définisi/ keterangan yg sesingkat mungkin dan jelas ttg sesuatu perkataan; takrif. mendefinisikan memberikan takrif; mentakrifkan: Terlalu sukar baginya ~ perkataan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata definisi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi perbankan,definisi konvensional dan definisi perbankan konvensional menurut kamus dewan bahasa dan pustakaPerbankan bermaksud aktiviti atau hal yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank, konvensional bermaksud  berdasarkan yang biasa dilakukan atau diamalkan, manakala perbankan konvensional merujuk kepada urus niaga bank berdasarkan amalan biasa. Di Malaysia lazimnya merujuk kepada bukan sistem perbankan Islam.Makna22.11.2010
DEFINISI KEMELUT,DEFINISI KEMELUT ALAM SEKITAR,EKONOMI,SOSIALUntuk melihat makna perkataan layari www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari di ruangan Carian Spesifik seperti makna kemelut boleh dilihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kemelut.Makna08.02.2012
saya ingin bertanya berkaitan: 1) definisi bahasa penulis tempatan dan luar negara? 2) definisi melayu penulis tempatan dan luar negara? 3) jika saya menggunakan definisi bahasa oleh Edward Sapir 1921 adakah masih boleh digunakan ataupun definisi tersebut tidak diguna pakai lagi? 4) definisi bahasa melayu penulis tempatan dan luar negara?Jawapan kami merujuk Kamus Dewan, bahasa ialah  sistem lambang bunyi suara yg dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya); dan Melayu merujuk kepada nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia. Tuan boleh menggunakan takrifan yang diberi oleh mana-mana sarjana asalkan bersesuaian dengan konteks penggunaannya kerana sumber ilmu tidak terhad kepada sarjana tempatan sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain02.03.2012
1) Apakah definisi kampung tradisional dan ciri-ciri kampung tradisional 2) Apakah definisi bandar metropolitan1. Tidak ada definisi khusus untuk kampung tradisional dan ciri kampung tradisional dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat definisi "kampung" dan "tradisional" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. iaitu: i. kampung bermaksud 1. kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun 2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok  3. (kiasan) tidak moden, agak kolot 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dengan cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung  ii. tradisional bermaksud berkaitan dengan, bersifat, atau meng­ikut tradisi,  
2. Dalam bidang Geografi, istilah bandar metropolitan bermaksud sesebuah bandar yang terlalu besar atau sebuah kawasan bandar yang diperluas.
Makna29.11.2012
Definisi 'FACADE' ditakrif sebagai muka bangunan namun apakah perkataan dalam bahasa Melayu? FAKAD atau FASAD? Terdapat kekeliruan kerana sebahagian dokumen/laporan kerajaan tempatan (contohnya Rancangan Kawasan Khas) mengunakan perkataan FAKAD dan sebahagian menggunakan FASAD. Pengunaan terma yang tepat ini saya perlukan untuk tajuk tesis saya.Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi "Facade" ialah "Fakad".Penyemakan dan penterjemahan05.01.2022
Definisi 'virgin' dalam Kamus DBP ialah n person esp a woman who has never had sex, (anak) dara. Bolehkah perkataan dara digunakan menterjemah virgin untuk lelaki? Adakah perkataan ini khusus untuk perempuan?Berdasarkan takrif yang diberikan iaitu "person esp a woman who has never had sex", perkataan esp menunjukkan bahawa subjeknya tidaklah mutlak kepada perempuan sahaja. Ini merupakan dapatan daripada data korpus bahasa Inggeris pada ketika itu. 

Dara atau anak dara dalam bahasa Melayu hanya merujuk kepada perempuan. Kata dara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) diolah seperti berikut:

dara دارا 1 
adj 1 (bkn perempuan) belum pernah melakukan persetubuhan dgn lelaki: Pengesahan doktor
bahawa ia masih dara boleh digunakan utk melepaskannya drp tuduhan zina.

Walau bagaimanapun, jika korpus bahasa Inggeris ada menunjukkan subjeknya ialah lelaki, maka cadangan padanannya ialah teruna berdasarkan takrif yang diberikan oleh Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang merujuk kepada makna yang sama, iaitu:

teruna ترونا  
adj 1 (bkn lelaki) belum pernah melakukan persetubuhan dgn perempuan: Memang agak sukar
utk mengetahui sama ada calon suami anda masih teruna atau tidak.




Lain-lain09.06.2021
Definisi petender ialah orang (syarikat dsb) yg mendapat tender. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Bagaimana pula dengan orang yang memasuki sebutharga. Adakah dipanggil pesebutharga? Ini kerana tender ialah perolehan yang melebihi RM500,000 hingga 100 juta. Manakala sebutharga ialah perolehan dari RM1 hingga RM499,000.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud sebut harga ialah anggaran kos (tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan) yang diberikan kepada bakal pembeli atau bakal pelanggan. menyebut har­ga menyatakan atau memberikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yg ditawarkan. Tidak ada contoh penggunaan perkataan penyebut harga dalam pangkalan data kami. Jika ingin merujuk pihak yang mengeluarkan sebut harga, boleh menggunakan perkataan orang atau syarikat yang membuat sebut harga.Makna19.04.2019
Definisi terma 'food security' dinyatakan dalam carian di laman ini sebagai 'keselamatan makanan'. Sedangkan keselamatan makanan adalah merujuk kepada istilah 'food safety'. Saya mencadangkan/ingin mohon semakan, bolehkah istilah 'food security' tersebut digantikan dengan 'kecukupan makanan'? Mohon maklum balas pihak tuan/puan. Terima kasih.Berdasarkan konsep dan maksud " food security", terdapat tiga teras utama, iaitu kebolehdapatan/ketersediaan, capaian dan penggunaan. Maka dicadangkan "food security" diterjemahkan sebagai "jaminan makanan" yang dapat merujuk kepada jaminan kebolehdapatan/ketersediaan, jaminan capaian dan jaminan penggunaan.Makna10.11.2014
Definisi cukai.Cukai membawa maksud bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan seseorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi.Makna08.05.2014
Definisi untuk Kepuasan Pelanggan berdasarkan bidang komunikasi dan pengajian media.Maklumat yang diperlukan perlulah merujuk buku berkaitan dengan media dan komunikasi. Secara literal kepuasan pelanggan bermaksud keadaan puas dalam kalangan orang, syarikat dan sebagainya yang mendapatkan perkhidmatan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang lain.Makna10.04.2014
12345678910...

Kembali ke atas