Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.gu.pan] | دݢوڤن

Definisi : gerakan turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); denyut: Kemudian, dia tidak sedarkan diri, ~ jantungnya semakin lemah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata degupan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANEMIA

Anemia ialah keadaan jumlah sel darah merah

yang sihat berkurangan di bawah paras normal.

Sel darah merah mengambil oksigen di dalam

paru-paru dan membawanya ke tisu-tisu di

seluruh badan. Di sana, oksigen digabungkan

dengan makanan untuk mengeluarkan tenaga.

Dalam diri orang yang mengalami anemia, darah

tidak dapat membekalkan tisu dengan oksigen

yang mencukupi. Maka orang itu berasa lemah

atau letih. Simptom lain ialah pening, sakit

kepala, kulit pucat atau sejuk, degupan jantung

yang deras, dan kesukaran bernafas.

UMUM 
ARTERI

Arteri ialah nama tiub atau salur darah yang

melaluinya darah dipam keluar dari jantung ke

berbagai-bagai bahagian tubuh. Darah yang

dibawa oleh kebanyakan arteri itu merah terang

kerana darah ini telah mengambil oksigen semasa

melalui paru-paru. Akan tetapi darah yang mengalir

melalui arteri yang menghubungkan ventrikel

sebelah kanan jantung dengan paru-paru belum

lagi mengambil oksigennya. Darah ini berwarna

kecoklat-coklatan. Jika arteri itu terpotong, darah

akan memancut keluar secara bersamaan dengan

degupan jantung. Vena berbeza daripada arteri

oleh sebab vena membawa darah balik ke jantung,

bukannya membawa darah keluar dari jantung. Jika

vena terpotong maka darah mengalir daripadanya

dalam aliran yang sekata.

UMUM 

Kembali ke atas