Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.gu.pan] | دݢوڤن

Definisi : gerakan turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); denyut: Kemudian, dia tidak sedarkan diri, ~ jantungnya semakin lemah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata degupan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
binaural beatsdegupan binauralFizikTiadaTiada
heart beatdegupan jantungVeterinarPraklinikalDenyutan yang dapat dirasai terhasil daripada pengembangan dan pengecutan arteri; mengikuti rentak pengecutan otot ventrikel jantung.
bradycardiabradikardiaVeterinarPraklinikalKadar degupan jantung yang perlahan disebabkan oleh gangguan nodus sinoartrium dan nodus arterioventrikel pada jantung.
tachycardiatakikardiaVeterinarPraklinikalKadar degupan jantung yang cepat.
heart ratekadar jantungVeterinarPraklinikalKadar degupan jantung. Kadar ini berbeza mengikut spesies dan aktiviti fizikal. Contoh kadar jantung rehat normal bagi kuda ialah 30 hingga 40 degup/minit; lembu 60 hingga 80 degup/minit; kambing 70 hingga 120 degup/minit; anjing 100 hingga 130 degup/minit dan kucing 110 hingga 140 degup/minit.
ventricular tachycardiatakikardia ventrikelVeterinarPraklinikalKadar degupan jantung melebihi kadar normal yang berpunca daripada perentak jantung ektopi pada ventrikel. Takikardia ventrikel mengakibatkan kesukaran bernafas; lemah; sinkop dan pengsan.
resuscitationresusitasiPerubatanTiadaMemulihkan kembali seseorang yang kelihatan telah mati kerana telah terhenti degupan jantungnya.
aerobic exercisesenaman aerobikMakanan dan PemakananPemakananAktiviti fizikal yang memerlukan kehadiran oksigen untuk meningkatkan kadar degupan jantung dan mengekalkan sistem kardiovaskular yang sihat. Antara contoh senaman aerobik ialah berjalan, berjoging, berbasikal dan menari. Banding senaman anaerobik.
anaerobic exercisesenaman anaerobikMakanan dan PemakananPemakananAktiviti fizikal yang tidak memerlukan kehadiran oksigen untuk meningkatkan kadar degupan jantung di samping menguatkan otot dan meningkatkan pergerakan sendi. Antara contoh senaman anaerobik ialah senaman tekan tubi dan angkat berat. Banding senaman aerobik.
autonomic nervous systemsistem saraf autonomiSains SukanBiomekanikBahagian sistem saraf yang mengawal mekanisme tindakan luar kawal, seperti degupan jantung dan kadar pernafasan. Fungsi saraf autonomi adalah untuk menghantar impuls dari sistem saraf pusat ke tisu otot kardiak (jantung), otot visera (organ dalaman) dan kelenjar. Sistem saraf autonomi dikenali juga sebagai sistem saraf involuntari.
123

Kembali ke atas