Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dék] | ديک

Definisi : (dék) Id, bp kain selimut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dék] | ديک

Definisi : (dék) 1. geladak: selepas jam tiga petang, aku duduk di ~ sambil melunjurkan kaki bermalas-malas; 2. (Hut) pelantar tempat kayu balak diturunkan dr lori atau kereta api, biasanya di sisi kilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dék] | ديک

Definisi : (dék) kerana, oleh: lalu gegak gem-pitalah seluruh isi bumi Malaysia ~ kegigihan pendiayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dék] | ديک

Definisi : /dék/ lantai kapal atau perahu; geladak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dek

Puisi
 

Terkiok ayam dek musang,
     Ambil hatinya sebelanga;
Janganlah kasih digerusang,
     Biar berungai hendaknya lama.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Kain rabak tegal dek lenggang awak,
     baju rabik tegal dek lenggok awak,
kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.

Bermaksud :

Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAYAK

Kayak ialah sejenis sampan yang ringan dan

sempit yang kelihatan seperti kanu tetapi

mempunyai dek yang tertutup. Dek itu mempunyai

satu hingga empat tempat terbuka yang disebut

sebagai kokpit.

UMUM 
APENNINES

Apennines adalah nama banjaran gunung yang

menganjur dari Teluk Genoa ke bahagian jari kaki

negara Itali yang kelihatan seperti bentuk kasut.

Banjaran ini mempunyai tiga bahagian, iaitu

Apennines utara, Apennines tengah, dan Apennines

selatan. Kawasan ini meliputi dua per tiga daripada

semenanjung Itali. Gunung tua ini adalah antara

bahagian paling rendah di Eropah. Gunung ini telah

haus dek angin dan hujan selama berjuta-juta tahun.

Kemuncak paling tinggi ialah Monte Corno (2914

meter) dan Gunung Amaro (2795 meter). Kemuncak

paling terkenal ialah gunung berapi Vesuvius di

Teluk Nepal. Gunung ini semata-mata terdiri

daripada batu kapur dan marmar. Kuari yang

terdapat berhampiran dengan Carrara terkenal

kerana marmarnya yang berwarna putih bersih.

Lihat juga Vesuvius.

UMUM 
MUATAN

Muatan ialah barangan pembuatan atau bahan

mentah yang diangkut dari satu tempat ke satu

tempat. Kereta api masih mengangkut muatan

berat seperti batu arang dan mineral lain. Tetapi

di kebanyakan negara industri, jalan raya

mengangkut lebih banyak muatan berbanding

kereta api. Trak dan van mengangkut muatan dari

kilang ke gudang, dan dari gudang kepada

pelanggan. Muatan selalunya dipindahkan melalui

kontena . Ia merupakan kotak logam besar yang

dinaikkan ke atas trak dan boleh diturunkan terus

ke atas gerabak kereta api atau ke atas dek kapal

kargo. Pengenalan muatan berkontena telah

mengurangkan kerja pemunggahan naik dan

turun, serta pemunggahan semula barangan

dengan banyaknya.

UMUM 

Kembali ke atas