Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.kri] | ديکري

Definisi : (dékri) perintah (undang-undang dll) yg dibuat oleh pihak berkuasa, raja, pemerintah, dll; ~ mutlak perintah muktamad drpd mahkamah yg menamatkan atau membubarkan sesebuah perkahwinan sepenuhnya (bkn orang bukan Islam); ~ nisi perintah mahkamah supaya sesebuah perkahwinan dibatalkan dlm tempoh masa yg tertentu melainkan ada sebab yg mu­nasabah utk menghalangnya (bkn orang bukan Islam); mendekrikan memerintahkan: pemerintah ~ wujudnya satu badan kerajaan yg akan ditubuhkan mengikut bentuk-bentuk tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dekri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEKRI MILAN

Dekri Milan ialah langkah asas dalam Sistem

Benua Napoleon, iaitu satu sekatan yang dikenakan

terhadap Great Britain. Napoleon mengeluarkannya

pada 17 Disember 1807 kerana membalas dendam

terhadap Britain.

UMUM 
ORDER IN COUNCIL

Order in Council. Dekri yang dikeluarkan oleh

kerajaan British apabila perkara yang amat penting

melanda negara dikenali sebagai Order in Council.

Ia mendapat nama tersebut kerana ia diisytiharkan

atas nasihat Majlis Privi. Pada tahun 1807, Great

Britain mengeluarkan Order in Council sebagai

jawapan kepada ancaman Napoleon untuk

menyekat empayar kepulauan. Dengan order ini,

kapal-kapal British menyekat pantai Eropah dan

menahan kapal perdagangan yang berkecuali

daripada memasuki pelabuhan Eropah yang

terletak di bawah kekuasaan Napoleon.

Lihat juga Majlis Privi.

UMUM 
PERSETUJUAN PRAGMATIK

Persetujuan pragmatik ialah sejenis dekri yang

berkaitan dengan urusan gereja atau negeri yang di-

keluarkan oleh raja-raja Eropah. Persetujuan

pragmatik yang paling penting dikeluarkan secara

peribadi oleh Maharaja Habsburg Charles VI pada

tahun 1713, dan diisytiharkan kepada umum pada

tahun 1724. Pada waktu itu, undang-undang Jerman

memerlukan raja menurunkan harta bendanya

kepada putera sulungnya. Charles adalah anggota

keluarga Habsburg. Persetujuan pragmatiknya

menyatakan bahawa pegangan keluarga boleh

diwarisi oleh puterinya yang sulung, jika dia tidak

mempunyai putera. Persetujuan itu juga menyatakan

bahawa tanah Habsburg tidak boleh dipecah-

pecahkan.

UMUM 
EDICT OF WORMSEdict of Worms iaIah satu dekri (perintah) yang mengisytiharkan pemimpin Reformasi agama Kristian, Martin Luther seorang yang menyeleweng daripada agama Kristian, dan memerintahkan supaya dia dan pengikutnya tidak diberi perlindungan undang-undang.UMUM 
MORATORIUM

Moratorium ialah penangguhan sah untuk

pembayaran hutang atau tanggungjawab

kewangan. Ia dicapai melalui dekri perundangan

atau eksekutif. Moratorium melambatkan tindakan

undang-undang terhadap hutang dan tidak

melepaskan penghutang daripada tanggungjawab

untuk membayar tetapi sekadar menangguhkan

tarikh hutang yang perlu dibayar.

UMUM 
SISTEM BENUA

Sistem benua, merupakan usaha menahan

perdagangan United Kingdom dengan Negara-negara

Eropah yang lain pada awal tahun 1800-an.

Napoleon I Perancis menerimanya sebagai cara

perang ekonomi menentang United Kingdom.

Napoleon memulakan sistem ini melalui Dekri

Berlin pada 21 November 1806 yang

mengisytiharkan United Kingdom sebagai sebuah

negara yang dikenakan sekatan. Sekatan ini

diperluaskan melalui Dekri Milan 1807 kepada

kapal berkecuali yang berlabuh di United

Kingdom. Napoleon bertempur dalam Perang

Semenanjung dalam usaha sia-sianya

menguatkuasakan sistem itu. Namun tindakannya

itu membuktikan faktor utama yang menyebabkan

Rusia kehilangan sekutunya. Lihat Napoleon I

(Kejatuhan kuasanya).

UMUM 
NICHOLAS II

Nicholas II (1010?–1061) dimahkotakan sebagai paus

pada tahun 1059. Pemerintahannya terkenal kerana

muktamar gereja Lateran tahun 1059, yang

memperbaharui prosedur baru untuk memilih paus.

Muktamar gereja menerbitkan dekri utama yang

menyatakan bahawa biskop kardinal, pada hakikatnya

akan mencadangkan seorang calon paus. Kemudian

semua kardinal akan “memilih”, yang sebenarnya

bermakna menerima, calon yang dicadangkan.

UMUM 

Kembali ke atas