Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demikian juga


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reciprocitykesalinganSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua pihak yang saling membantu antara satu sama lain. Hubungan ini tidak semestinya sentiasa berjalan tetapi apabila satu pihak memerlukan bantuan, pihak satu lagi sedia membantu dan demikian juga sebaliknya. Keadaan ini wujud kerana semangat setia kawan yang tinggi dan kesedaran pentingnya rakan yang boleh membantu apabila diperlukan. Contohnya, hubungan UMNO dan MCA kesalingan. Sinonim timbal balik.
storage coefficientkoefisien simpananHidrogeologiTiadaIsi padu air yang diluahkan dari atau disimpan di akuifer per unit luas permukaan akuifer per unit perubahan hulu. Di akuifer tertekan air yang didapati dari simpanan dengan hulunya menurun, adalah akibat pemuaian air dan pemampatan akuifer. Demikian juga air yang ditambahkan ke dalam simpanan dengan hulunya yang meninggi sebahagiannya disebabkan oleh pemampatan air dan sebahagiannya oleh permuaian akuifer. Di akuifer bebas, banyaknya air yang diluahkan atau diterima secara ini adalah umumnya terlalu kecil berbanding dengan banyaknya air yang terlibat dalam penyaliran graviti atau pengisian rongga. Oleh itu, di akuifer bebas, koefisien simpanan adalah sama dengan pengeluaran spesifik (USGS). (Tak berdimensi) Ruj.: Theis 1935 Sin.: kesimpanan
statehoodtaraf negaraSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan atau keadaan yang melayakkan sesebuah wilayah itu diterima sebagai sebuah negeri atau negara. Wilayah yang telah memiliki pemerintah, penduduk, sempadan dan kedaulatan layak diklasifikasikan sebagai sebuah negara. Sebuah negara yang merdeka akan memiliki taraf ini. Demikian juga keadaan sebuah negeri dalam sesebuah negara persekutuan yang turut memiliki taraf negeri dalam negara tersebut. Contohnya, taraf negara Yugoslavia pada awal dekad 1990-an menjadi tidak menentu kesan daripada perpecahan yang berlaku di negara tersebut. Perpecahan ini telah melahirkan beberapa negara kecil yang telah pasti taraf negaranya seperti Bosnia-Herzegovina, Serbia-Montenegro, Croatia dan Yugoslavia. Sinonim taraf negeri.
overbannertajuk gadangKomunikasiKorporatPenulisan judul utama sesuatu maklumat dalam iklan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan khalayak. Penulisan judul biasanya disediakan oleh syarikat perniagaan dengan menggunakan sepanduk atau poster bersaiz besar. Contohnya, sepanduk mengenai promosi jualan murah yang digantung di bangunan pasar raya. Demikian juga sepanduk yang diletakkan di bangunan perniagaan untuk tujuan penghebahan sesuatu acara, barangan atau perkhidmatan. Penulisan judul utama juga boleh dilakukan dengan membeli atau menaja satu halaman penuh dalam media cetak seperti akhbar dan majalah. Contohnya, sebuah syarikat farmasi membeli satu halaman penuh ruang iklan dalam akhbar dengan tujuan untuk memaparkan mesej menyokong kempen antimerokok menggunakan tulisan bersaiz besar..
phase feedingpemberian makanan berfasaVeterinarTiadaPemberian makanan berdasarkan tahap pertumbuhan, fisiologi dan juga pengeluaran ternakan. Biasanya haiwan memerlukan jumlah dan tahap nutrien mengikut fasa-fasa tertentu untuk mengelakkan pembaziran atau kerugian. Contohnya, ayam penelur pada puncak peneluran iaitu pada umur 28 hingga 33 minggu memerlukan lebih banyak tenaga dan protein yang berkualiti berbanding tahap-tahap lain. Demikian juga dengan lembu tenusu, semasa berada di puncak pengeluaran, iaitu pada bulan kedua pengeluaran susu memerlukan lebih banyak tenaga dan protein yang berkualiti berbanding tahap-tahap lain.
inertial stabilitykestabilan inersiaSainsHidrometeorologiSejenis kestabilan dinamik, yang berkaitan dengan peredaran bumi, yang di dalamnya suatu zarah udara, yang terbenam di dalam aliran angin di sepanjang suatu bulatan latitud, cenderung untuk kembali ke latitud tersebut apabila teralih sedikit darinya. Kestakbilan inersia terjadi apabila alihan seperti ini menghasilkan pecutan zarah menjauhi latitud asalnya. Syarat untuk kestabilan ialah parameter Coriolis mesti melebihi penambahan keudara komponen angin barat geotrofi, iaitu Demikian juga ketakstabilan terjadi apabila Keadaan yang serupa terjadi kepada arus udara timur-barat dan mungkin diperkembang kepada alihan sepanjang permukaan isentropik condong yang mungkin sekali akan menyebabkan ketakstabilan. Kriteria untuk kestabilan di dalam arus sedemikian ialah ; dengan ialah halaju dan pembezaan adalah normal terhadap aliran sepanjang permukaan isentrop. Khususnya, kriteria ini digunakan hanya dalam kes aliran lurus tanpa ubahan halaju sepanjang aliran. Dalam kes aliran bengkok yang lebih umum dengan ubahan halaju, kriterianya menjadi lebih rumit.
operant conditioningpelaziman operanPsikologiPsikologi UmumPelaziman yang bergantung pada akibat daripada suatu respons. Sesuatu respons atau tindakan biasanya akan diikuti dengan pengukuhan atau dendaan. Pengukuhan biasanya akan meningkatkan kemungkinan berlakunya pengulangan sesuatu respons. Dendaan pula akan mengurangkan kebarangkalian respons atau tingkah laku itu diulangi. Contohnya, isteri yang dipuji oleh suami kerana memasak lauk yang sedap akan merangsangnya untuk selalu memasak lauk yang sedap untuk suaminya. Demikian juga haiwan sarkas yang dilatih untuk menunjukkan tingkah laku yang bukan tingkah laku asalnya, contohnya beruang akan boleh berbasikal setelah dilatih dengan menggunakan pelaziman operan.
secular statenegara sekularSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sesebuah negara yang tidak langsung bersandarkan kepada keagamaan atau unsur kepercayaan mistik. Pemerintahan ini memisahkan persoalan politik dan negara daripada sebarang peraturan keagamaan. Dalam pemerintahan ini, unsur rasionalisme memainkan peranan penting menggantikan peraturan agama. Kesalahan jenayah atau sivil tidak dihukum atau diadili melalui perundangan agama, sebaliknya melalui proses perundangan yang bebas. Demikian juga proses politik dan persaingan yang dilaksanakan bebas daripada tuntutan sebarang agama seperti mahukan ulama menjadi pemerintah.
restricted feedingpemberian makanan terbatasVeterinarTiadaKaedah pemberian makanan kepada ternakan supaya ternakan tidak membesar terlalu cepat atau menjadi terlalu gemuk. Ternakan betina yang terlalu gemuk akan merencatkan penghasilan telur atau tidak boleh membiak. Terdapat beberapa kaedah pemberian makanan terbatas iaitu secara selang sehari atau pemberian dengan banyak untuk tiga hari berturut-turut dan untuk dua hari berikutnya pula makanan tidak diberi langsung kepada ternakan. Tujuan kaedah ini dilakukan untuk memastikan ternakan seperti ayam mendapat jumlah makanan dan mengalami pertumbuhan yang seimbang. Demikian juga pada babi, kaedah ini diamalkan untuk mengelakkan ternakan menjadi terlalu gemuk dan merencatkan pembiakan.
motivationmotivasiPsikologiPsikologi UmumProses dinamik dalaman yang memulakan, mengekalkan dan mengarahkan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang bermotivasi biasanya bermula dengan keperluan atau kekurangan dalaman. Keadaan ini akan menimbulkan dorongan yang menggerakkan sesuatu langkah atau siri tindakan untuk mencapai matlamat. Individu akan merasa puas apabila sesuatu matlamat telah tercapai. Terdapat tiga jenis motivasi, iaitu motivasi primer, motivasi stimulus dan motivasi sekunder. Motivasi primer adalah berdasarkan kepada keperluan biologi yang perlu dipenuhi untuk kemandirian. Contohnya, seorang yang lapar atau dahaga didorong oleh motivasi primer. Demikian juga keperluan kepada udara, tidur, perkumuhan, pembuangan najis, pengaturan suhu badan dan mengelakkan rangsangan aversif yang didorong oleh motivasi ini. Motivasi stimulus bergantung pada keperluan untuk mendapatkan rangsangan dan maklumat seperti ingin tahu, penjelajahan, manipulasi dan sentuhan fizikal. Motivasi sekunder pula merupakan keperluan yang dipelajari seperti keperluan untuk membina laman web, mencipta muzik atau bermain golf. Kebanyakan motivasi ini dikaitkan dengan keperluan kepada pengiktirafan, kuasa, jaminan keselamatan dan pencapaian.
123456

Kembali ke atas