Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.mo.kra.si] | ديموکراسي

Definisi : (démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya di­kua­sai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; berdemokrasi mengamalkan atau ber­asas­kan prinsip-prinsip demokrasi; mendemokrasikan menjadikan ber­demo­k­ra­si, menjadikan sesuatu berasaskan de­mo­krasi; pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dsb) mendemokrasikan: ~ pilihan raya; ~ pendidikan peluang mendapat pendidikan bermutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.mo.kra.si] | ديموکراسي

Definisi : /démokrasi/ pemerintahan negara oleh rakyat (menerusi wakil-wakil mereka). ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demokrasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
democracydemokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang diasaskan oleh suara rakyat. Dalam sistem ini, rakyat berhak menentukan pemimpin yang layak untuk memegang kuasa pemerintahan dan pemimpin pula harus peka terhadap kehendak rakyat. Secara umumnya terdapat dua jenis sistem demokrasi, iaitu demokrasi langsung dan demokrasi tidak langsung. Pada masa kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan dan yang wujud hanya demokrasi tidak langsung atau dikenali sebagai demokrasi berperwakilan. Demokrasi berperwakilan diamalkan dalam dua bentuk yang utama iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang penyertaan rakyat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan pemerintahan. Rakyat diberi ruang yang cukup luas untuk melibatkan diri dalam proses politik sama ada secara individu atau organisasi. Idealisme demokrasi ini berkembang di negara kota Athens, Greek yang mengamalkan demokrasi langsung seperti yang dipopularkan oleh Socrates. Contohnya, New Zealand merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
guided democracydemokrasi terpimpinSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang kuat dipengaruhi oleh pemimpin negara yang biasanya terdapat di negara yang sedang membangun. Demokrasi ini dikatakan terpimpin kerana masyarakat negara yang baru merdeka dianggap tjdak cukup matang untuk mengamalkan demokrasi liberal. Dalam demokrasi ini, kebebasan politik seperti bersuara, menubuhkan organisasi, menerbitkan akhbar dan buku serta kebebasan pembangkang terhad. Tokoh yang memperkenalkan idea ini di Indonesia ialah Soekarno ekoran daripada kegagalan demokrasi liberal yang diamalkan di negara tersebut sebelum itu. Beliau kemudiannya melancarkan zaman demokrasi terpimpin dengan mengimbangi kuasa tentera dan Parti Komunis dalam jentera pemerintahannya serta menolak peranan modenis Islam. Dalam sistem ini, Soekarno menggantung parlimen dan pilihan raya, memiliknegarakan pelbagai perusahaan yang besar (terutamanya milik Belanda) dan menahan penentang politiknya serta menghantar mereka ke pulau buangan. Beliau juga percaya bahawa hanya dengan campur tangan pemerintah akan memungkinkan pertumbuhan demokrasi bagi negara yang baru merdeka.
semi-democracyseparuh demokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganAmalan demokrasi yang tidak sepenuhnya memiliki ciri-ciri demokrasi tulen. Sistem ini mempunyai ciri-ciri asas demokrasi seperti pilihan raya, dewan perwakilan, penguatkuasaan undang-undang, parti politik, kumpulan pendesak dan media. Walau bagaimanapun, demokrasi ini tidak membenarkan kebebasan yang luas dan meletakkan pelbagai batasan atau kawalan yang bertujuan mengekalkan status quo. Pilihan raya yang dilaksanakan sering dikuasai oleh kerajaan dengan membataskan ruang berkempen untuk pembangkang. Media dikuasai oleh pemerintah sementara kumpulan pendesak tidak sepenuhnya bebas. Perjalanan demokrasi dalam sistem ini begitu kuat ditentukan oleh pemerintah atau institusi negara dan sekali gus menjadikan persaingannya separuh demokratik. Contohnya, Malaysia, Indonesia dan Singapura pada dekad 1960-an -1980-an dianggap sebagai semidemokrasi. Sinonim semidemokrasi.
representative democracydemokrasi berperwakilanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan demokrasi tidak langsung yang memerlukan wakil rakyat untuk menyuarakan kepentingan orang ramai serta membincangkan masalah dan kepentingan negara. Sistem perwakilan terpaksa dibentuk kerana demokrasi langsung tidak mungkin dilaksanakan lagi, kesan daripada penduduk yang ramai. Dengan itu, orang ramai memilih wakil rakyat dalam pilihan raya untuk mewakili suara mereka. Kelompok perwakilan yang mendominasi dewan perundangan akan membentuk kerajaan manakala selebihnya akan menjadi pembangkang. Terdapat dua jenis demokrasi perwakilan iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Contohnya, Malaysia telah melaksanakan amalan demokrasi berperwakilan sejak mula merdeka hingga kini. Malaysia juga dikuasai oleh kerajaan Perikatan dan kini dikenali sebagai Barisan Nasional.
town-meeting democracydemokrasi kotaSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang diamalkan di Athens, Greek pada tahun 500-321 SM. Demokrasi ini diamalkan secara langsung iaitu penduduk berbincang terhadap sesuatu isu dan mengundi secara terbuka. Dalam demokrasi ini, rakyat berpeluang memberi pendapat dan menyuarakan bantahan tanpa halangan serta tidak ada perwakilan digunakan. Walau bagaimanapun terdapat juga halangan penglibatan demokrasi ini kepada golongan tertentu seperti wanita dan hamba. Lihat juga demokrasi langsung.
pesidential democracydemokrasi berpresidenSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang presidennya berkuasa dalam pemerintahan mengikut corak pemerintahan Amerika Syarikat. Sistem demokrasi ini berbeza daripada sistem demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan oleh Great Britan. Dalam sistem ini, presiden menjadi ketua negara dan juga ketua kerajaan serentak. Presiden dan ahli kabinetnya tidak menganggotai dewan perundangan atau kongres, walaupun begitu semua keputusan kongres perlu mendapat perakuan presiden sebelum dilaksanakan. Presiden melantik anggota kabinet atas nama setiausaha seperti setiausaha pertahanan dan pelajaran. Dalam maksud lain, beliau merupakan seorang yang sangat berkuasa dalam pemerintahan negaranya. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat dan Filipina.
democratic despotismdemokrasi fahaman kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang dilaksanakan secara kejam oleh pihak pemerintah. Sistem ini berselindung di sebalik nama demokrasi yang menonjolkan dasar melindungi kepentingan rakyat namun pada hakikatnya ia bersifat pemerintahan mutlak, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dalam sistem ini, hak rakyat ditindas dan tidak dipedulikan. Sebarang penentangan atau kritikan terhadap pemerintah akan dihukum bunuh, penjara atau buang negara. Demokrasi ini sering dikaitkan dengan amalan politik negara bekas fahaman sosialis di Eropah Timur pada suatu ketika dahulu dan di negara Afrika. Contohnya, Uganda di bawah pentadbiran Idi Amin dianggap sebagai demokrasi fahaman kuku besi. Sinonim demokrasi kuku besi.
direct electionpemilihan langsungSains PolitikPolitik PerbandinganPemilihan pemimpin yang dilakukan sendiri oleh warganegara di sesebuah negara. Proses ini dapat difahami dengan jelas melalui perbandingan pemilihan yang berlaku dalam demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Dalam demokrasi berpresiden, rakyat yang menentu dan melakukan sendiri pemilihan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli Kongres. Undi rakyat menentukan secara langsung calon yang bakal memegang jawatan-jawatan ini. Dalam sistem demokrasi berparlimen pula, pengundi hanya memilih wakil ke Parlimen. Rakyat tidak memilih calon yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri dan juga ahli kabinet. Jawatan tersebut dipilih melalui persetujuan yang dicapai secara majoriti oleh ahli Parlimen. Dalam erti kata lain, pemilihan langsung merujuk kepada proses pemilihan yang ditentukan sendiri oleh rakyat terhadap sesuatu pemilihan secara hakiki.
democratic despotismdemokrasi faham kuku besi/demokrasi kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
democratic centralismfaham demokrasi terpusat/faham demokrasi kuasa-terpusatSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
12345678910...

Kembali ke atas