Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; me­nambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; men­jerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (ke­cocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan ber­bincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(745)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
macrocrystallinemakrohablur(an)GeologiTiadaBerhubung dengan tekstur batuan yang terdiri daripada atau mempunyai hablur yang cukup besar untuk dapat dilihat dengan jelas dengan mata kasar atau dengan menggunakan kanta ringkas.
phaneriticfaneritikGeologiTiadaBerhubung dengan tekstur batuan igneus yang komponen-komponen individunya dapat dilihat dengan jelas dengan mata kasar.
vis-a-visbersabit dengan; berhubung dengan; vis-a-visGeologiTiadaTiada
megascopicmegaskopikGeologiTiadaBerhubung dengan objek atau fenomenon, atau ciri-cirinya yang dapat diperhatikan dengan mata kasar atau dengan menggunakan kanta tangan.
contact metamorphismmetamorfisme sentuhGeologiTiadaSatu daripada proses metamorfisme setempat yang utama, secara genetiknya mempunyai kaitan dengan perejahan dan penerobosan magma, dan berlaku dalam batuan atau berhampiran dengan sentuhannya dengan jasad batuan igneus.
foam rubbergetah busaGeografiTiadaGetah dalam bentuk busa terlenturkan yang dihasilkan dengan `memutar' udara ke dalam lateks dan kemudian diikuti dengan pemvulkanan atau dengan memasukkan ammonium karbonat atau natrium karbonat ke dalam campuran getah yang hancur. Digunakan untuk membuat kusyen dan tilam.
foam rubbergetah busaKomunikasi MassaTiadaGetah dalam bentuk busa terlenturkan yang dihasilkan dengan `memutar' udara ke dalam lateks dan kemudian diikuti dengan pemvulkanan atau dengan memasukkan ammonium karbonat atau natrium karbonat ke dalam campuran getah yang hancur. Digunakan untuk membuat kusyen dan tilam.
pluvialpluviusGeografiTiadaBerkaitan dengan proses yang berkait dengan kerpasan terutamanya hujan.
salicsalikGeologiTiadaBerhubung dengan mineral yang kaya dengan silikon atau aluminium dan berwarna cerah yang terdapat di dalam norma batuan igneus.
pluvialpluviusGeologiTiadaBerkaitan dengan proses yang berkait dengan kerpasan terutamanya hujan.
12345678910...

Kembali ke atas