Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
saksama (adjektif)
1. Bersinonim dengan cermat: hati-hati, berhati-hati, hemat-hemat, teliti, waspada, berambi, picik, celi, rapi, perdata,
Berantonim dengan sembarangan

2. Bersinonim dengan adil: seimbang, sama, setimpal, setara, sebanding, sama rata,
Berantonim dengan berat sebelah

3. Bersinonim dengan berpatutan: sesuai, layak, kena, tepat sekali, setimbal, setimpal, sebaik-baiknya,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : kesaksamaan,

Peribahasa

Pandang jauh dilayangkan,
     pandang dekat ditukikkan.

Bermaksud :

Menyelidiki sesuatu perkara dengan saksama. tukik = arah ke bawah.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
explorejelajahSejarahTiadaJelajah: Perbuatan menyelidiki atau meneliti dengan saksama atau menjelajahi kawasan baru yang hendak diteroka.
equity in healthkesaksamaan jagaan kesihatanKejururawatanTiadaRawatan kesihatan yang diberikan dengan saksama dan adil.
fairtradeperdagangan saksamaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerkongsian perdagangan berdasarkan persetujuan, ketelusan dan penghormatan di peringkat antarabangsa. Perdagangan saksama dapat menyumbang kepada pembangunan mampan dengan menawarkan syarat perdagangan yang lebih baik untuk menjamin kepentingan ekonomi, sosial, pengeluar serta pekerja.
fully valuednilai penuhPentadbiran PerniagaanTiadaHarga sesuatu sekuriti dinilai dengan adil dan saksama membayangkan semua maklumat yang berkaitan.
implicit volatilityketaktentuan tersiratPentadbiran PerniagaanTiadaRisiko suatu aset yang didapati daripada model penilaian opsyen dengan mengandaikan opsyen terhadap aset itu diberikan harga yang adil dan saksama oleh pasaran.
administrative lawundang-undang pentadbiranSains PolitikPolitik PerbandinganUndang-undang yang berkaitan dengan kuasa, kewajipan dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran. Undang-undang ini merujuk kepada peraturan yang mesti diamalkan oleh badan pentadbiran sewaktu membuat keputusan. Undang-undang ini perlu untuk memastikan keputusan yang dibuat itu adil dan saksama. Contohnya, di Malaysia undang-undang pentadbiran termaktub dalam perlembagaan.
administration of justicepentadbiran keadilanPentadbiranPentadbiran Awam

Autoriti yang dimiliki majikan berdasarkan statusnya untuk mentadbir dan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang wajar dan saksama. Autoriti ini diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang adil kepada semua kakitangan dalam organisasi. Tindakan ini tidak boleh diambil dengan sewenang-wenangnya kerana perlu berpandukan kepada peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan. Contohnya, pembuangan kakitangan dalam organisasi perlu berlandaskan peraturan dan tatacara yang sah.

normative economicsekonomi normatifEkonomiTiadaCabang ekonomi yang menggunakan pertimbangan nilai tentang barang dan perkhidmatan yang sepatutnya dikeluarkan supaya memenuhi keperluan masyarakat, bagaimana kaedah pengeluaran sepatutnya dijalankan dengan lebih cekap, dan kepada siapa barang dan perkhidmatan sepatutnya diagihkan supaya perkhidmatan lebih adil dan saksama. Misalnya, ekonomi kebajikan.
appeals proceduretatacara rayuanPentadbiranPentadbiran Awam

Garis panduan, cara atau prosedur terperinci yang menjelaskan tentang tindakan pengendalian sesuatu urusan rayuan. Tatacara rayuan direka bentuk dengan sistematik bagi melicinkan hal ehwal rayuan agar segala peraturan dan proses dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan sempurna. Selain itu, garis panduan ini memberi ruang yang adil dan saksama kepada setiap perayu. Walau bagaimanapun mereka harus menunggu giliran sebelum setiap rayuan itu diketengahkan. Dalam konteks ini setiap jabatan mempunyai tatacara rayuan yang tersendiri, misalnya tatacara rayuan di Mahkamah Rayuan berbeza dengan tatacara rayuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

decision makingpembuatan keputusanPentadbiranPentadbiran Awam

Proses atau tindakan mengambil ketetapan bagi sesuatu perkara atau isu. Pembuatan keputusan merupakan satu perkara yang amat penting dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Setiap keputusan yang diambil mestilah profesional, rasional, bijaksana, tepat, adil dan saksama serta tidak bias kepada mana-mana pihak. Ini kerana setiap keputusan akan mempengaruhi segala aktiviti, rancangan dan perjalanan sesebuah organisasi. Dalam proses pembuatan keputusan, beberapa perkara perlu dikenal pasti iaitu, (i) Penyataan masalah dan pengumpulan maklumat, (ii) Mencari alternatif, (iii) Meramalkan kemungkinan yang akan berlaku dan merancang perkara-perkara di luar jangkaan, dan (iv) Membuat ketetapan, menentukan risiko dan ganjaran yang akan diterima. Antara beberapa masalah yang biasa berlaku berhubung dengan proses pembuatan keputusan iaitu kelewatan, penyelewengan, kekaburan dan ketidakpastian.

12

Kembali ke atas