Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Kalau sudah tetak nipah,
     Mari kita mengambil rumbia;
Kalau sudah kujumpa ayah,
     Barulah padan seia sekata.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solutezat terlarutKimiaTiadaBahan yang larut di dalam pelarut lalu membentuk larutan. Zat terlarut tersebar dengan sekata di dalam pelarut, sama ada dalam bentuk ion seperti garam atau molekul seperti gula.
head boxkotak utamaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanRuang pengagih pada mesin kertas tempat stok kertas yang telah diadun, dan dilepa dengan sekata di atas dawai fourdrinier. Bahagian ini mengawal kuantiti stok yang hendak dilepa, yang bergantung kepada jenis dan tebal kertas yang akan dihasilkan.
stremline flowaliran garis strimFizikMekanikAliran bendalir tanpa gelora yang zarah-zarahnya mengalir mengikut lintasan selanjar yang jelas, dan halajunya pada sesuatu titik sentiasa malar atau berubah dengan sekata terhadap masa.
catalyst impregnation methodkaedah pengisitepuan mangkinKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah termudah untuk menyediakan mangkin dengan penampung yang poros atau berongga dicelupkan ke dalam larutan mangkin. Penampung kemudian dikeringkan dan mangkin diaktifkan. Kaedah ini kurang sesuai bagi mangkin logam yang mahal kerana mangkin tidak disebarkan dengan sekata.
homogenizationpenghomogenanKimiaTiadamenjadi saiz sekata, dengan itu menghasilkan sistem koloid yang tidak dipengaruhi graviti.
Maxwellian viewpandangan MaxwellFizikOptikKaedah menggunakan peralatan optik ;tanpa penggunaan okular membuatkan suatu kanta seolah-olah dipenuhi oleh kecerahan sekata. Dengan demikian, imej nyata bagi suatu punca cahaya terfokus pada pupil.
lacunosuslakunosusMeteorologiMeteorologi PerhubunganVarieti awan yang terdiri daripada tompokan lapisan atau hamparan awan yang lazimnya nipis, ditandai oleh lubang-lubang yang tersebar secara sekata dengan kebanyakannya berjumbai. Unsur awan dan ruang yang jelas selalunya tersusun sehingga berupa jaring atau indung madu. Awan ini terdapat pada sirokumulus dan altokumulus, dan jarang-jarang sekali, pada stratokumulus.
kepayangkepayangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Pangium edule daripada famili Flacourtiaceae. Gubal kayu kepayang sukar dibezakan, dan biasanya berwarna kuning pucat atau kuning coklat. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 705 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan ringan sederhana berat.
mempoyanmempoyanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Rhodamnia cinerea daripada famili Myrtaceae. Gubal kayunya sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya yang berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara 1025 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat berat.
kayu getahkayu getahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Hevea brasiliensis daripada famili Euphorbiaceae. Gubal kayu dan teras kayunya sukar dibezakan, dan biasanya berwarna putih susu. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus danbersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, dan mudah dikeringkan tanpa mengalami cacat yang serius, tetapi kehadiran susu getah mengganggu kerja penggergajian kayu basah. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah, dan rentan kepada serangan serangga dan kulat pewarna, tetapi mudah diawet. Kayu ini digunakan untuk perabot, lantai parket, hiasan dalaman, dan kayu kumai, dn diserpai untuk pulpa, kertas, dan papan gentian.
12345678910...

Kembali ke atas