Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RASA

Rasa ialah deria yang penting pada manusia dan

banyak haiwan. Rasa makanan membantu

menentukan apa dan berapa banyak yang kita

makan. Kita boleh menolak makanan yang rasanya

tidak disukai dan akibatnya diet kita mungkin tidak

seimbang. Deria rasa kita dipengaruhi oleh bau

benda. Apabila kita mendapat selesema dan

hidung kita tersumbat, sesetengah makanan

mungkin sama rasanya (lihat Bau ). Makanan

hendaklah lembap untuk dirasa. Jika lidah dan

makanan adalah kering, makanan tidak mempunyai

rasa.

UMUM 
SESUNGUT

Sesungut ialah organ deria yang panjang, mudah

rosak di kepala hampir semua serangga dan

kebanyakan artropod (lihat Artropod ). Serangga,

lipan, dan sepah bulan mempunyai sepasang

sesungut. Krustasea, seperti udang kara dan ketam,

mempunyai dua pasang sesungut. Labah-labah dan

saudaranya tidak mempunyai sesungut.

UMUM 
SILIUM

Silium ialah struktur halus bak rambut yang

mengunjur daripada jenis sel tertentu. Silium adalah

kurus dan sentiasa bergerak. Ia terlalu halus

hinggakan ia hanya boleh dilihat menerusi

mikroskop. Pada haiwan peringkat tinggi, silium terdapat

pada sel membran hidung, telinga, dan tiub yang

menuju ke paru-paru. Pergerakan silium yang

berombak dalam organ ini menolak keluar habuk,

bakteria, dan mukus, dan menjaga saluran supaya

bersih. Pada banyak haiwan yang hidup dalam air,

sel yang mengandungi silium mengipas air yang

mengandungi makanan dan oksigen ke dalam

haiwan tersebut. Banyak organisma bersel satu

mempunyai silium yang berfungsi sebagai organ

deria dan sebagai cara bergerak.

Lihat juga Protozoa (Siliat).

UMUM 

Kembali ke atas