Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.rum] | دروم

Definisi : ; menderum merendahkan badan dgn berlutut (gajah, unta, dll): maka gajah baginda pun ~ di depan balai ruang; menderumkan menyuruh menderu, me­nyuruh merendahkan badan (gajah, unta, dll): maka raja pun ~ gajahnya, dan makhdum pun dibawa baginda naik gajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.rum] | دروم

Definisi : bunyi spt bunyi guruh terdengar dr jauh (enjin kereta dll): ~ enjin kereta yg hingar bingar sudah semakin berkurangan pd telinga Kamal; berderum, menderum berbunyi spt bunyi guruh terdengar dr jauh: guruh yg ~ itu berlanjut-lanjut bunyinya; sederum pd ketika yg sama, serentak (ber­bunyi, bercakap, menjawab, dll); deruman bunyi menderum, bunyi derum: ~ hujan di waktu itu telah membuat saya kurang mendengar apa-apa yg dikata­kannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.rum] | دروم

Definisi : ; ~ paya sj tumbuhan (pokok), ge­ronggang, gonggang, penaga hitam, Cra­toxylon arborescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.rum] | دروم

Definisi : ; menderum merendahkan badan dgn berlutut (bkn gajah, unta dll): Gajah itu ~ selepas mendapat arahan drpd tuannya utk berbuat demikian. menderumkan menyuruh merendahkan badan; menyuruh menderum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[de.rum] | دروم

Definisi : = deruman bunyi spt bunyi guruh yg kedengaran dr jauh (enjin kereta, kapal terbang dll). berderum berbunyi spt bunyi guruh yg kedengaran dr jauh (enjin kereta, kapal terbang dll): Mula-mula kami terdengar bunyi ~ yg sangat kuat dan kemudian kapal angkasa itu pun mulai bergerak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derum


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
chuffingderumderumderumAeroangkasa

Kembali ke atas