Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.rum] | دروم

Definisi : ; menderum merendahkan badan dgn berlutut (gajah, unta, dll): maka gajah baginda pun ~ di depan balai ruang; menderumkan menyuruh menderu, me­nyuruh merendahkan badan (gajah, unta, dll): maka raja pun ~ gajahnya, dan makhdum pun dibawa baginda naik gajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.rum] | دروم

Definisi : bunyi spt bunyi guruh terdengar dr jauh (enjin kereta dll): ~ enjin kereta yg hingar bingar sudah semakin berkurangan pd telinga Kamal; berderum, menderum berbunyi spt bunyi guruh terdengar dr jauh: guruh yg ~ itu berlanjut-lanjut bunyinya; sederum pd ketika yg sama, serentak (ber­bunyi, bercakap, menjawab, dll); deruman bunyi menderum, bunyi derum: ~ hujan di waktu itu telah membuat saya kurang mendengar apa-apa yg dikata­kannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.rum] | دروم

Definisi : ; ~ paya sj tumbuhan (pokok), ge­ronggang, gonggang, penaga hitam, Cra­toxylon arborescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.rum] | دروم

Definisi : ; menderum merendahkan badan dgn berlutut (bkn gajah, unta dll): Gajah itu ~ selepas mendapat arahan drpd tuannya utk berbuat demikian. menderumkan menyuruh merendahkan badan; menyuruh menderum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[de.rum] | دروم

Definisi : = deruman bunyi spt bunyi guruh yg kedengaran dr jauh (enjin kereta, kapal terbang dll). berderum berbunyi spt bunyi guruh yg kedengaran dr jauh (enjin kereta, kapal terbang dll): Mula-mula kami terdengar bunyi ~ yg sangat kuat dan kemudian kapal angkasa itu pun mulai bergerak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
derumderumPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Craxylum spp. daripada famili Hypericaceae. Nama lain di semenanjungialah beluncus, di Sabah ialah geronggang, dan di Sarawak ialah entamu. Spesies utama kayu derum ialah Cratoxylum cochinchinense, C. Formosum dan C.maingayi. Gubal kayu derum sukar berbeza daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus dan bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 705 hingga 945 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu derum agak sukar dikerjakan dan dikeringkan, tetapi agak tahn. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sederhana dan berat, tiang, hulu peralatan, alas angkut, dan kotak kayu.
rumblederum; berkeroncongFizikTiadaTiada
rumblederum; berkeroncongKomunikasiTiadaTiada
rumblederum; berkeroncongVeterinarTiadaTiada
rumblederum; berkeroncongKejuruteraanTiada1. Getaran frekuensi rendah yang terhantar secara mekanik kepada pemutar piring hitam perakaman atau penghasilan semula dan tertindih pada hasilan semula. Sinonim: derun pemutar piring hitam.,2. Hingar frekuensi rendah yang disebabkan oleh pengangkutan pita.
rumble stripjalur derumKejuruteraanTiadaJalur asfalt, plastik dan sebagainya pada jalan raya yang tinggi sedikit, merentasi lorong lalu lintas yang menghampiri sesuatu bahaya.
rumble filterpenuras derumKejuruteraanTiadaTiada

Kembali ke atas