Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.sa] | ديسا

Definisi : (désa) 1. kampung (di luar kota atau bandar), dusun, udik, daerah pedalaman (ka­wasan hulu atau pelosok negeri): sudah lama dia berhajat hendak pulang ke ~, tetapi masa belum terluang baginya utk berbuat de­mikian; guru ~ Id guru sekolah kampung (rakyat); sekolah ~ Id sekolah kampung (rakyat); 2. sl daerah, kawasan, tempat: tandang ~ pergi ke merata-rata tempat; mendesa sl melalui (merentasi) desa: jikalau kita berjalan menurut pesisir ini, sebulan lamanya, dan jikalau berjalan ~, dua puluh hari; kedesaan spt orang desa (sifatnya, orang­nya); pedesaan kawasan desa: kawasan kampus tetap UKM adalah hutan dara berbukit-bukit seluas 1096 hektar dan terletak di ~ Bangi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.sa] | ديسا

Definisi : /désa/ kampung di luar bandar; daerah pedalaman: Dia berasal dr ~ tetapi sudah lama berpindah ke bandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desa

Puisi
 

Cik Desa pergi ke laut,
     Hendak mencari ikan parang;
Sakit hati rasa nak ikut,
     Takut kena tunang orang.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, apakah istilah BM yang sesuai untuk homestay?inap desa@ rumah inap desa @ pelancongan desa? Ayat yang ingin saya buat ialah 'Mereka menginap di (homestay)'. Terima kasih.Padanan bagi homestay ialah inap desa.Tatabahasa18.01.2013
perbezaan pengertian inap desa dan juga homestay?Padanan homestay dalam bahasa Melayu ialah inap desa.Tatabahasa21.11.2011
pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelanconganDalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. Istilah08.02.2012
Assalamualaikum, Bolehkah saya menterjemahkan perkataan homestay kepada percutian desa? Terima kasih atas bantuan tuan/puan.Inap desa.Istilah02.12.2009
penggunaan ayat mana yang betul untuk saya gunakan pada tajuk memo : Arahan Bertugas Ke Perpustakaan Desa Kg Tok Amat atau Arahan Bertugas Di Perpustakaan Desa Kg Tok Amat. Keliru dengan penggunaan DI atau KE

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya.

Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Berdasarkan pertanyaan tuan/puan dalam konteks ayat tersebut, maka penggunaan ayat yang betul pada tajuk memo ialah Arahan Bertugas di Perpustakaan Desa Kg. Tok Amat.



*Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265/266.

Tatabahasa17.07.2023
Mengikut Hukum D-M mana satu yang betul desa inap, penghawa dingin atau temu janji

Frasa yang betul ialah inap desa, penyaman udara/pendingin hawa, janji temu.

Istilah03.04.2010
saya mencari sebuah buku yg diterbitkan sekitar tahun 60an atau 70an yang bertajuk desa pingitan tulisan ibrahim(nama penulis sebenar tidak diketahui)Untuk makluman sdr. novel Desa Pingitan adalah karya Ibrahim Omar. Sekian dan terima kasih.Lain-lain25.09.2009
SAYA HENDAK MEMOHON LESEN PAPAN IKLAN BAGI RESTORAN SAYA DI MPJBT SKUDAI, JOHOR BAHRU. NAMA DALAM PAPAN IKLAN : 'RESTORAN ANJUNG DESA'Nama "Restoran Anjung Desa" boleh digunakan. Untuk pengesahan iklan klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain12.03.2013
Perkataan homestay sudah lama digunakan dalam bahasa. Adakah istilah ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau kita menggunakan istilah homestay sahaja. Harap dapat maklum balasa. Terima kasih Dr S. nathesanHomestay tidak diterima sebagai istilah bahasa Melayu kerana padanannya ialah inap desa atau pelancongan desa.Istilah18.06.2012
saya masih terkeliru dengan hukum D-M 1. Alat penghawa dingin 2. urus tadbir 3. inap desa 4. pertanian adalah peniagaan1. Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa (istilah lama). 2. Tadbir Urus. 3. Inap Desa. 4. Pertanian ialah perniagaan. Ejaan10.05.2015
123456

Kembali ke atas