Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of, a. (portraying in words) penggambaran, menggambarkan, pemerian, memerikan; b. (giving an account); penerangan, menerangkan; c. (math), (drawing) pelukisan, melukiskan; 2. statement that describes, gambaran: a ~ of the wanted man was printed on the front page of the newspapers, gambaran orang yg dikehendaki polis itu disiarkan pd muka hadapan akhbar-akhbar; to give a ~ of life in the kampong, memberikan gambaran kehidupan di kampung; 3. sort, kind, jenis: criminals of the worst ~, jenis penjenayah yg paling dahsyat; motorcars of every ~, segala jenis motokar. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata description


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan Interface Description Document atau ringkasnya IDD? Istilah Teknologi Maklumat.

Istilah Interface Description Document tidak ada dalam sumber rujukan kami. Berdasarkan contoh lain yang ada seperti page description language, padanannya ialah bahasa perihalan halaman, kami cadangkan istilah Interface Description Document padanannya ialah Dokumen Perihalan Antara Muka.

 

  

Penyemakan dan penterjemahan01.12.2010
Apakah perbezaan antara "Keterangan" dan "Penerangan" padahal kedua-duanya menerangkan sesuatu?Apakah terjemahan yang betul untuk "Service Description"? Keterangan Perkhidmatan atau Penerangan Perkhidmatan? Terima kasih.Keterangan bermaksud huraian untuk menerangkan sesuatu, atau dalam kata yang mudah ialah penjelasan, contoh ayatnya: Semua keterangan guru itu didengar oleh Aminah dengan tenang. Manakala penerangan bermaksud perbuatan atau perihal menerangkan (menjelaskan), contoh ayat: Penerangannya padat, alasan-alasannya jitu apabila memperkatakan soal sikap anak muda kini.
Mohon tuan berikan dalam bentuk ayat, perkataan Service Description untuk pihak kami memberikan terjemahan yang tepat mengikut konsep yang dimaksudkan.

Tatabahasa26.06.2022
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan yang sesuai untuk perkataan ini dalam Bahasa Melayu 1. Push Notification 2. Social Drinker 3. Heavy Drinker 4. Heavy Smoker 5.Religiosity 6. Description 7. Moderated ContentCadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah:

1. Push notification - Pemberitahuan automatik
2. Social drinker - Peminum sosial
3. Heavy drinker - Peminum tegar
4. Heavy smoker - Perokok tegar
5. Religiosity - Kewarakan; kesalihan
6. Description - Perihalan
7. Moderated content - Kandungan sederhana
Penyemakan dan penterjemahan25.08.2020
Diminta jasa baik /tuanpuan untuk mengesahkan atau membetulkan mana-mana terjemahan yang tidak tepat. Untuk pengetahuan pihak puan, ini adalah permintaan dari pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Equipment description Perihal Peralatan Slug Catcher Penangkap Slug By Pass Vessel Pengandung Pirau Gas Scrubber Penggosok Gas Launcher/ Receiver Pelancar/Penerima HP Condensate Separator Pemisah Pemeluwapan HP By Pass Flash Separator Pemisah Kilat Pirau LP Condensate Separator Pemisah Pemeluwapan LP Fuel Gas Scrubber Penggosok Gas Bahan Api HP Flare Scrubber Peggosok Api HP Foam Tank Tangki Busa Sekali lagi, jasa pihak tuan/puan amat dihargai.Soalan saudara ini tidak jelas dan senarai istilah tidak tersusun. Walau bagaimanapun, kami telah menjawab soalan ini pada soalan no.17068.Istilah20.02.2010
Jabatan Kastam Di raja Malaysia mempunyai salah satu cawangan yang dinamakan Cawangan Penjenisan. Cawangan Penjenisan berperanan dalam menentukan kod tarif yang tertentu bagi sesuatu barangan. Kod tarif adalah “harmonized Commodity Description & Coding System, commonly known as HS Codes and ASEAN Harmonized Tariff Nomenclature (AHTN) were created for international use by the Custom Department to classify commodities when they are being declared at the custom frontiers by exporters and importers”. Untuk makluman, cawangan penjenisan lebih dikenali sebagai “classification unit/department” di negara-negara luar. Oleh yang demikian, JKDM berhasrat untuk menukar nama Cawangan Penjenisan kepada Cawangan Klasifikasi. Mohon khidmat nasihat pihak tuan tentang makna perbezaan “penjenisan” dan “klasifikasi” serta perkataan mana yang lebih tepat untuk menggambarkan bidang tugas cawangan tersebut.Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, penjenisan bermaksud perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menjeniskan, pembahagian kepada beberapa jenis. Klasifikasi pula bermaksud hal atau hasil membahagi-bahagikan sesuatu kepada beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu; pengelasan. Istilah  bahasa Melayu untuk "classification" ialah pengelasan atau klasifikasi. Berdasarkan penerangan di atas, "classification unit/department" boleh diterjemahkan kepada Unit Klasifikasi,  Bahagian Klasifikasi. Unit Pengelasan atau Bahagian Pengelasan.Istilah16.02.2017
Hello I am a qualified English teacher from the UK and my application to use the phrase 'TASTE OF PAKISTAN' for my restaurant business was rejected on the grounds that the phrase does not make grammatical sense in Malay. However there are numerous restaurants which bear similar names in the UK and elsewhere, examples being: TASTE OF PAKISTAN TASTE OF INDIA TASTE OF CHINA etc Please kindly reconsider your decision on the basis that in the English language these phrases are similar in structure to many other widely accepted phrases. Also please note that the phrase 'TASTE OF PAKISTAN' acts as a description for the cuisine on offer. If however you are still in objection to the use of this phrase, then i have submitted a revised version 'THE TASTE OF PAKISTAN' for your approval. Many thanksUntuk makluman tuan, jika tuan ingin mengekalkan teks dalam bahasa Inggeris, maka iklan perlu dibuat dalam dwibahasa, iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekian. Terima kasih.Lain-lain25.02.2017

Kembali ke atas