Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di

Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Di dalam kendi berisi bunga;
Gilalah mabuk kerana budi,
     Di dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Di mana api padam,
     di situlah (= di sanalah) puntung tercampak;
di mana periuk pecah,
     di situlah tembikar tinggal.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan.

 

Lihat selanjutnya...(734)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada soalan tentang tatabahasa:- Penggunaan di sana dan di situ. Apa perbezaan untuk kata tunjuk di sana dan di situ. Kalau untuk kanak-kanak tadika, boleh ke kita tunjukkan - Buku di sana. Buku tersebut berada tak jauh dari kita. Atau kena tukar kepada di situ. Buku di situ. Ini untuk pembelajaran bagi di sana & di sini.Kata “di situ” merujuk kepada tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara manakala “di sana” pula merujuk kepada tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Kami mencadangkan “di sana” ditukar kepada “di situ” jika merujuk kepada benda yang berada tidak jauh dengan orang berbicara. Cadangan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannyaLain-lain30.03.2022
Selamat sejahtera, 1. Mereka mendapatkan rawatan di klinik atau hospital? (Perlukah kata sendi nama "di" dibubuh di depan hospital? di hospital)Ayat yang betul ialah "Mereka mendapatkan rawatan di klinik atau hospital?" Kata sendi nama "di" dalam ayat ini menunjukkan kedua-dua tempat iaitu klinik dan hospital. Tatabahasa14.09.2022
Saya panas di sana jadi saya datang untuk duduk di sini. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya duduk di sini kerana di sana panas." atau "Di sana panas, jadi saya duduk di sini."Lain-lain07.12.2022
di hargai atau dihargai diseluruh atau di seluruh? apakah jenis kesalahan tatabahasa di atas?

Awalan “di” boleh berfungsi sebagai kata sendi nama dan imbuhan. Awalan “di” sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti “di” Kuala Lumpur dan “di” rumah serta dieja terpisah. Awalan “di” sebagai imbuhan atau “di” yang bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama dieja rapat, contohnya dibekukan, ditulis, dijerat dan dihukum. 

 

Oleh yang demikian, penggunaan awalan “di” yang betul ialah “dihargai” dan “di seluruh”.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 176 dan 265-266.

Tatabahasa19.04.2024
Benarkah semua mahu letak di hadapan ayat, kesemua mahu letak di belakang ayat? Cth: semua guru guru kesemua Betulkah contoh-contoh di atas?

Kata “semua” dan “kesemua” boleh digunakan di awal, di tengah atau di akhir ayat mengikut kesesuaian konteks ayat, contohnya:

i.    1. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dewan.
2. Masukkan semua barang ke dalam beg dan simpan di dalam stor. 
3. Perhiasan tersebut dibuat daripada emas semua.
4. Kesemua persoalan itu tidak henti-henti bermain dalam kepalanya.
5. 
Dia akan memastikan kesemua pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.
6. Bunga itu merah kesemua.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2034 - 2035.

i

iv

Tatabahasa22.08.2023
di balik tabir atau di sebalik tabir? Yang mana satukah penggunaan yang tepatKedua-duanya boleh digunakan sama ada di balik tabir atau di sebalik tabir.  Tetapi kebiasaan yang digunakan ialah di sebalik tabir.Lain-lain23.02.2023
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)? Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif. Soalan Saya mahu salinan MC untuk saya simpan di dalam fail. Ayat ini betul ke?

Ayat yang betul ialah Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail.

Tatabahasa31.03.2023
Salam sejahtera. Manakah antara berikut ayat yang betul? Para Pelajar berada di dalam kelas semasa insiden itu berlaku. ATAU Para pelajar berada di kelas semasa insiden itu berlaku. Mohon pencerahan berhubung panduan penggunaan "di" dan "di dalam". Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah "Para pelajar berada di dalam kelas semasa insiden itu berlaku".

Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala, "di dalam" merupakan kata arah yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 286.

Tatabahasa29.11.2023
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)?

Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif.

Tatabahasa29.03.2023
Salam, Soalan saya berdasarkan pernyataan di bawah. "Maklumat di bawah menunjukkan bacaan suhu termometer bagi setiap selang masa 1 minit." Adakah penggunaan "setiap selang masa" di atas betul? Terima kasih.Ayat di atas betul. Puan juga boleh menggunakan ayat berikut "Maklumat di bawah menunjukkan bacaan suhu termometer bagi selang masa 1 minit".Tatabahasa08.04.2022
12345678910...

Kembali ke atas