Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di

Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Di dalam kendi berisi bunga;
Gilalah mabuk kerana budi,
     Di dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Di mana api padam,
     di situlah (= di sanalah) puntung tercampak;
di mana periuk pecah,
     di situlah tembikar tinggal.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan.

 

Lihat selanjutnya...(734)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sunting Ihiasan (bunga dll) yg di­cucukkan di rambut atau di belakang telinga. ~ malai hiasan rambut yg dipakai di belakang telinga. ber­sun­ting memakai sunting. me­nyun­ting memetik bunga (utk dijadikan sunting dll): Mereka bermain-main di taman sambil ~ bunga mawar. menyun­ting­­kan melekatkan bunga dll di kepala atau di belakang telinga sbg hiasan: Gadis itu ~ sekuntum bunga mawar pd sanggulnya. mempersunting 1 mengambil dan menjadikan sesuatu sbg sunting. 2 ki mengambil gadis utk dijadikan isteri; memperisteri: Banyak pemuda yg ingin ~nya. suntingan apa-apa yg dijadikan sunting. penyuntingan perbuatan (hal dsb) menyunting atau menyuntingkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
situkata utk menunjukkan tempat yg tidak berapa jauh dr orang yg bercakap. di ~ di tempat itu: Tadi dia ada di ~. ke ~ ke tempat itu: Mari kita pergi ke ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sinikata yg menunjukkan tempat yg dekat dgn orang yg bercakap: Dr sana ke ~. di ~ di tempat ini: Setem ada dijual di ~. ke ~ ke tempat ini: Tolong bawa tong itu ke ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
songsangterbalik keadaannya (yg di atas terdapat di bawah, yg di depan terdapat di belakang dll). menyongsang dlm keadaan terbalik (bkn letak atau duduk sesuatu): tidur ~. menyongsangkan menjadikan atau meletakkan sesuatu menyongsang. songsangan sesuatu yg songsang letaknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selampaikain sutera yg diselendangkan di leher atau di bahu ketika membawa alat-alat kerajaan; tetampan. menye­lampaikan menyelendangkan sesuatu sbg selampai di bahu atau di leher.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tinggal1 menetap atau diam (di…): Ia sudah lama ~ di bandar. 2 masih ada di tempatnya; tidak ke mana-mana: Awak ~ di sini, saya hendak ke bandar sekejap. 3 berbaki; berlebih: Duitnya ~ dua ringgit selepas membeli-belah. 4 selalu atau kekal spt keadaan yg sedia; tidak berubah-ubah: Yg kaya bertambah kaya, yg miskin ~ miskin. 5 dilalaikan; dicuaikan: Ke mana saja ia pergi, tidak pernah ~ sembahyang. 6 cuma; hanya: Persediaan utk kenduri sudah sedia, ~ bunga telur saja yg belum. 7 yg di­kosongkan; tidak bertunggu lagi: rumah ~. ~ arwah sudah meninggal. ~ baka yg ada cuma keturunan. ~ tulang sangat kurus. tempat ~ rumah atau tempat yg didiami. meninggal, = ~ dunia mati. meninggalkan 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kina­­balu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mem­pedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa. tertinggal 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. ke­ting­galan 1 sudah ditinggalkan (oleh bas, kereta api dll): Reza sudah dua kali ~ bas kerana ia bangun lewat. 2 ter­cicir atau terkebelakang (dlm pelajar­an, kemajuan dll): Sejak sakit, ia sudah ~ dlm semua mata pelajarannya. ~ zaman tidak sesuai dgn keadaan sezaman. tidak ~ tidak mahu terkebelakang; tidak lalai. peninggalan 1 segala se­suatu yg ditinggalkan; pesaka: harta ~ harta pesaka. 2 sisa atau saki-baki dr zaman dahulu. sepeninggalan 1 sesudah pergi atau sesudah berangkat; sesudah mati: ~ ibunya, rumah itu menjadi kucar-kacir. 2 selama atau pd ketika ditinggalkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sepat Ibeberapa jenis ikan yg terdapat di laut dan juga di sungai atau di paya. ~ karang (laut) nama sj ikan laut, Pemphens spp.. ~ siam nama sj ikan darat, Trichogaster pectoralis. ~ padi (ronggeng) nama sj ikan darat yg terdapat di sawah dan biasanya kecil-kecil, Trichogaster trichopterus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertempattinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tepi1 tempat atau kawasan yg letaknya di pinggir: Kami pergi berkelah di ~ pantai. 2 bahagian dr sesuatu yg di luar sekali; pinggir: ~ hutan; ~ jalan. 3 sempadan di antara satu dgn yg lain; batas: ~ langit sempadan di antara langit dgn air laut. bertepi ada tepinya atau mempunyai tepi: laut tidak ~. bertepikan mempunyai atau memakai sesuatu sbg tepi atau sbg birai: Lengan bajunya ~ renda berwarna merah. menepi 1 pergi ke tepi; meminggir: Ketika mereka lalu, kami semua ~. 2 berjalan atau belayar menuju tepi; menyusur di tepi sesuatu (spt pantai). tepian tempat mandi di tepi sungai; tempat yg di tepi sesuatu (sungai, laut dll). ke tepi (pergi) ke bahagian tepi; ke arah pinggir. mengetepikan 1 membawa atau menolak ke tepi: Apabila kami sampai, Adli sibuk ~ barang-barang permainan adiknya yg berselerak di tengah rumah. 2 ki tidak mementingkan; tidak mengutamakan; tidak mengendahkan: Mereka membincangkan perkara yg mus­tahak saja dan ~ perkara yg tidak penting.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersemayam1 duduk di atas takhta atau singgahsana (bkn raja): Baginda pun ~ di atas singgahsana dihadap oleh segala menteri. 2 duduk atau tinggal di (bkn raja-raja); berkediaman di: Baginda kemudian telah ~ di Riau pula.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas