Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di antara

Puisi
 

Banyak bunga di kala subuh,
     Bunga yang kasa di antara layu;
Banyak abang dipandang sungguh,
     Kanda juga dipandang lalu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kesat-kesat daun pimping,
     kalau kesat daun labu boleh dicelur.

Bermaksud :

Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Maaf saya ingin bertanya, penggunaan 'Di antara' dalam tajuk buku (front page), 'Di antara...' atau 'Di Antara...'? Sekian, terima kasihWaalaikumsalam,
Untuk tajuk buku, terdapat dua jenis penggunaan "Di antara" dan "Di Antara":
1. Sekiranya dimulai dengan "di antara", maka ayat tersebut "Di Antara..."
2. Sekiranya "di antara" itu di tengah-tengah ayat, maka "...di Antara..."
Tatabahasa12.12.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya: 1. Penggunaan 'di antara' di dalam tajuk, 'Di Antara' atau 'Di antara' (sebagai permulaan ayat)? Sekian, terima kasih."Di antara..."Ejaan09.12.2014
Bolehkah tuan menyemak tatabahasa ayat di bawah terutamanya melibatkan 'di antara' 'antara' 'antara..dengan'? Bahagian landasan di antara stesen LRT Damai dengan stesen LRT Pasar Seni ditutup (arah selatan dari stesen LRT Gombak). Lima unit bas dua tingkat terdiri daripada Alexander Dennis Enviro500 dan Volvo B8L milik RapidKL dikendalikan di antara stesen LRT Pasar Seni dengan stesen LRT Ampang Park secara percuma pada waktu puncak. Bas-bas percuma ini beroperasi setiap 15 hingga 20 minit dan akan membawa penumpang di antara stesen LRT Pasar Seni dan stesen Ampang Park ke mana-mana stesen. LRT disasarkan kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya tiga hari selepas kemalangan.

Penggunaan yang betul ialah seperti yang berikut:

Bahagian landasan dari stesen LRT Damai ke stesen LRT Pasar Seni ditutup (arah selatan dari stesen LRT Gombak). Lima unit bas dua tingkat terdiri daripada Alexander Dennis Enviro500 dan Volvo B8L milik RapidKL dikendalikan dari stesen LRT Pasar Seni ke stesen LRT Ampang Park secara percuma pada waktu puncak. Bas-bas percuma ini beroperasi setiap 15 hingga 20 minit dan akan membawa penumpang dari stesen LRT Pasar Seni dan stesen Ampang Park ke mana-mana stesen. LRT disasarkan kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya tiga hari selepas kemalangan.
Tatabahasa26.05.2021
salam. 1. apakah perbezaan "di antara" / "antara" 2. bagaimanakah caranya bagi mengenalpasti penggunaan "di antara"/ "antara" yang tepat di dalam sistem ayat bahasa melayu?

Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya.

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya.

Tatabahasa23.03.2012
Salam sejahtera.. Saya mempunyai pertanyaan mengenai penggunaan antara dan di antara. Adakah penggunaan istilah di antara dalam ayat ini betul kerana setahu saya di antara hanya wujud untuk perbandingan fizikal dan tempat. Kajian kes pelaporan berita jenayah di antara akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian atau Kajian kes pelaopran berita jenayah antara akhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Terima kasihKata sendi nama antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya Mereka berbincang antara adik-beradik. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya,  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Kajian kes pelaporan berita jenayah antara akhbar Utusan Malaysia dengan Berita Harian...".Tatabahasa08.04.2014
Yang betul ialah di antara...dengan atau di antara...dan?Penggunaan perkataan yang betul ialah ... di antara ... dengan ...Lain-lain28.08.2021
Apakah perbezaan antara "antara"dengan "di antara"?

Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya: 1.  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak  di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah...  (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. 

Tatabahasa26.05.2011
Yang mana satu tajuk yang betul, tentang penggunaan antara, di antara dan terhadap. analisis kebersebaban granger antara pembolehubah-pembolehubah indeks harga pengeluar Malaysia. @ analisis kebersebaban granger di antara pembolehubah-pembolehubah indeks harga pengeluar Malaysia @ analisis kebersebaban granger terhadap pembolehubah-pembolehubah indeks harga pengeluar MalaysiaCadangan kami: Analisis kebersebaban granger terhadap pemboleh ubah indeks harga pengeluar Malaysia.Tatabahasa04.01.2024
1. wujudkah perbezaan makna antara "di antara" dan "antara"2. adakah " rakan sahabat" melanggar hukum tatabahasa kerana rakan dan sahabat membawa makna yang sama? jelaskan. 3. "pertamanya marilah kita memanjatkan..." betulkah penggunaan "-nya" pada ayat tersebut. jelaskan. terima kasih.

Jawapan 1:
Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya: 1.  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak  di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah...  (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. 

Jawapan 2:
Makna bagi perkataan rakan ialah sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll). Rakan juga membawa maksud bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan dan contoh yang lebih lanjut, Harap maklum.

Jawapan 3:
Perkataan "Pertamanya...." pada permulaan ayat tidak sesuai digunakan, boleh diganti dengan perkataan "Pertama sekali,....".

Tatabahasa29.03.2013
Tuan, Ayat di bawah adalah gramatis atau tidak? 1. Mei Ling duduk di antara Kah Seng dan Roslina. 2. Mei Ling duduk di antara Kah Seng dengan Roslina. 3. Selat Melaka terletak di antara Pulau Sumantera dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Manakah ayat di atas adalah betul dan gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Mei Ling duduk di antara Kah Seng dengan Roslina dan Selat Melaka terletak di antara Pulau Sumantera dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.Tatabahasa29.06.2016
12345678910...

Kembali ke atas