Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di antara

Puisi
 

Banyak bunga di kala subuh,
     Bunga yang kasa di antara layu;
Banyak abang dipandang sungguh,
     Kanda juga dipandang lalu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kesat-kesat daun pimping,
     kalau kesat daun labu boleh dicelur.

Bermaksud :

Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Pusat paruh di antara tanam, Tanam jangan di antara padi; Jikalau jauh di antara badan, Jauh jangan menyerah diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak bunga di kala subuh, Bunga yang kasa di antara layu; Banyak abang dipandang sungguh, Kanda juga dipandang lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Antara petang hingga malam, Di sana orang berebut mandi; Bila kukenang ke masa silam, Kita bertunang tak patut lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Antara pagi dengan petang, Di sana orang mencari nafkah; Bila kukaji kesalahan abang, Daripada bertunang elok berpisah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berpangkat-pangkat batang kuini, Sekelilingnya puding semata, Di sana takik abang tanggalkan; Kalaulah berangkat abang kini, Antara kening dengan mata, Di situ adik abang tinggalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ombak di laut meniti buih, Ombak datang dari seberang; Antara budi dengan kasih, Mana satu dikenang orang?Kurik Kundi Merah SagaBudi
Sayang Senggora pulau di laut, Tempat kapal pergi datang; Hidup kita antara maut, Cari pagi makan petang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Suluh menyuluh di Teluk Emas, Panas sejuk angin utara; Ribut taufan baik berkemas, Antara belum jadi sengsara.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Batu bata jalan tak rata, Bersenang-senang di luar anjung, Kata-mengata antara kita, Kalah menang tiada yang untung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kapal Acheh Salleh tolak, Mari terlena di Pulau Minyak; Setengah kasih setengah tidak, Antara jangan dicampur hendak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas