Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di dalam

Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Di dalam kendi berisi bunga;
Gilalah mabuk kerana budi,
     Di dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lebih baik seekor singa di padang yang luas,
     daripada seekor ular di dalam rumput.

Bermaksud :

Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.

 

Lihat selanjutnya...(148)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDi dalam semak ada kebun, Di dalam kebun ada bunga; Di dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada makna.
Kurik Kundi Merah SagaGok-gok minum di kendi, Di dalam kendi berisi bunga; Gilalah mabuk kerana budi, Di dalam budi saya terkena.
Kurik Kundi Merah SagaApa merah di dalam padi, Pucuk kandis digulai asam; Apa marah di dalam hati, Muka manis ditarik masam.
Kurik Kundi Merah SagaHendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri.
Kurik Kundi Merah SagaMari kita menebang buluh, Di dalam buluh ada ulat; Bukan senang mengenal tubuh, Di dalam tubuh ada sifat.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk berliku Padang Mengkuang, Serai di dalam buah kepayang; Tengok tak tentu tak puas pandang, Bercerai di dalam berkasih sayang.
Kurik Kundi Merah SagaPohon teratai pohon telepak, Pohon tebu di dalam padi; Sirih diunjuk pinang tak dapat, Rasa terbuku di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaTetak buluh berdesing-desing, Anak kala ada di dalam; Empat puluh pintu berkancing, Anak dara ada di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaSimpan sepatu jangan dibalut, Simpan sahaja di dalam peti; Bertanam tebu di bibir mulut, Bertanam halia di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan di laman tangga, Sarang pipit di dalam padi; Tiada orang semacam saya, Menaruh kiamat di dalam hati.
12345678910...

Kembali ke atas