Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di dalam

Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Di dalam kendi berisi bunga;
Gilalah mabuk kerana budi,
     Di dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lebih baik seekor singa di padang yang luas,
     daripada seekor ular di dalam rumput.

Bermaksud :

Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.

 

Lihat selanjutnya...(148)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Di luar merah di dalam pahit.Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lebih baik seekor singa di padang yang luas, daripada seekor ular di dalam rumput.Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan.Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk di dalam tabir langit-langit, berbau tembelang.Perempuan berkurung di dalam rumah, tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana. tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak usah bimbang, gula di dalam mulut, bila hendak telan, telan.Barang yang sudah ada di dalam tangan, bila suka boleh digunakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masak di luar mentah di dalam.Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulat bersegi, bersanding melukai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting.Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di luar berkilat di dalam berongga.Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seorang mencubit seorang menampar, yang menampar jugalah disalahkan.Orang yang cerdik membuat kejahatan di dalam diam, tiada yang tahu; si bodoh melakukan kejahatan di dalam terang, terus disalahkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas