Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di manakah

Puisi
 

Anak Kini turun Kuantan,
     Tengok anak Kandi berdiri;
Sungguh saya anak dagang,
     Di manakah tempat mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian, Tuan tidak menjawab soalan kedua yang saya kemukakan tempoh hari. 2. (a) Di manakah terletak kampung Danial? atau (b) Di manakah terletaknya kampung Danial? atau (c) Di manakah letaknya kampung Danial? Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Sekian, terima kasihAyat yang gramatis ialah Di manakah letaknya kampung Danial?Tatabahasa23.07.2012
1. Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun? 2. Di manakah boleh anda tuntut kupon diskaun? Yang manakah ayat tanya yang betul/baku? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun?".Tatabahasa27.05.2013
Maaf, saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang perkataan di manakah. Adakah dimanakah dieja rapat atau dekat? Mohon penjelasan. Terima kasih DBP.Ejaan yang betul ialah "di manakah". Perkataan “di” merupakan kata sendi nama yang menunjukkan tempat. Manakala, perkataan “mana" merupakan perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai dengan partikel -kah. Contoh dalam ayat: "Di manakah rumah awak?" atau "Rumah awak di mana?"Tatabahasa28.05.2020
Salam tuan di talian, Adakah ayat di bawah betul penggunaan kata tanyanya. 1. (a) Berapa ekor arnabkah yang dipelihara oleh Danial? atau (b) Berapa ekor arnabkah yang dipelihara oleh Danial? 2. (a) Di manakah terletak kampung Danial? atau (b) Di manakah terletaknya kampung Danial? atau (c) Di manakah letaknya kampung Danial? Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Sekian, terima kasih.Ayat yang gramatis ialah berapa ekorkah arnab yang dipelihara oleh Danial?Tatabahasa19.07.2012
Mana satukah ayat yang betul? 1. Di mana ayah saya? 2. Di manakah ayah saya?Ayat yang betul ialah Di manakah ayah saya?Tatabahasa20.04.2021
Adakah ayat tanya yang disenaraikan di bawah betul bagi jawapan yang berikan? Jawapan: Pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022 adalah di kedudukan sepuluh. Ayat tanya: 1. Di manakah pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022? 2. Di manakah kedudukan pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022? 3. Apakah kedudukan pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022? Khususnya, saya inginkan penjelasan tentang penggunaan "di manakah" bagi ayat ini. Terima kasih.

Ayat yang sesuai ialah “Apakah kedudukan kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022?”.

Tatabahasa25.01.2024
Di manakah (kamu / awak) bersekolah? Simpan alat muzik (kamu / awak) dengan baik. Jawapan yang mana satu paling tepat? Apakah perbezaan antara 'kamu' dengan 'awak'? Sila berikan penerangan. Terima kasih.

Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Melihat kepada makna kamus ayat 'Di manakah kamu/awak bersekolah? Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik' adalah betul.

Tatabahasa25.02.2011
Di manakah saya boleh merujuk fungsi/maksud setiap imbuhan dalam bahasa Melayu? Contohnya, beza ‘memberikan’ (meN…kan) dengan ‘memberi’ (meN). Saya selalu bingung apabila memilih antara dua imbuhan ini.Rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk melihat fungsi setiap awalan/apitan dan kata terbitan yang wujud. Kata kerja yang wujud dengan awalan meN- berfungsi sebagai kata kerja aktif (transitif atau tak transitif), "memberi makanan" (kata kerja transitif) dan "menangis" (kata kerja tak transitif). Kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif, seperti " menidurkan adik". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 151 dan 191.Tatabahasa04.07.2022
Di manakah saya boleh dapatkan buku cerita digital interaktif kanak-kanak dalam bentuk CD-ROOM yang dihasilkan dari tahun 2003 hingga kini. Terima kasih.Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian telefon 03-21479000 dan disambungkan ke Bahagian Multimedia. Terima kasih.Lain-lain04.03.2019
Di manakah butang "Hantar Permohonan Baru"?Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.gov.my. Tuan perlu mendaftar semula akaun dalam lam web yang baharu ini. Jika terdapat sebarang masalah teknikal, hubungi kami melalui talian 03-21479691/9398/9389.Lain-lain25.08.2017
12345678910...

Kembali ke atas