Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di manakah

Puisi
 

Anak Kini turun Kuantan,
     Tengok anak Kandi berdiri;
Sungguh saya anak dagang,
     Di manakah tempat mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Kalaulah labu dibawa bermain, Di manakah sempat lagi dipetik; Kalau rindu pada yang lain, Di manakah sempat bersua adik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kelip-kelip katakan api, Kalau api di manakah dapur; Kelih Kak Nit rasa nak mati, Kalaulah mati di manakah kubur?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Kini turun Kuantan, Tengok anak Kandi berdiri; Sungguh saya anak dagang, Di manakah tempat mengundur diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Harap-harap makan dijerat, Ubi dimakan kerbau jantung; Harap saya terlampau berat, Di manakah tempat hamba bergantung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Beaufort pergi Jesselton, Tempat injin berlari-lari; Jika terluput permata intan, Di manakah tempat kami mencari?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lumur minyak di kepala botak, Lagi baik minyak bijan; Manakah gading yang tidak retak, Di manakah bumi tak timpa hujan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Orang berarak di pintu kota, Hendak menyembah Raja Melaka; Adik bercinta abang bercinta, Sampai ke manakah cinta kita?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk bermain batu, Makan lepat di tepi ladang; Awak buruk yatim piatu, Manakah dapat meraih bintang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas