Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Puisi
 

Si Nujuh hilir ke kota,
     Dayung mengangkut di pohon kunci;
Rasa kuhidup di kail masa,
     Malam menyebut belum sampai.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Adakah sesuai salah satu petikan lirik lagu rasmi sekolah: "di masa kini" ? Atau bolehkah dikatakan sebagai laras lagu, maka boleh digunakan?Salam sejahtera,

Teks 'di masa kini" tidak sesuai digunakan dan salah daripada aspek tatabahasa.

Ayat yang betul ialah " pada masa kini"

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa27.03.2018
sebelum ini, pada bulan october saya ada membuat pemohonan untuk main signboard dengan mengunakan "Kedai membaiki telefon", di masa itu Pihak Bahasa dan Pustaka Malaysia menyatakan lulus. Pada masa ini, saya ingin memohon untuk kelulusan side board dengan mengunakan"Kedai membaiki telefon" akan tetapi pemohonon tidak lulus dan harus mengunakan "Perkhidmatan membaiki telefon". Oleh kerana itu, saya ingin bertanya; mengapa permohonon kedua untuk side board tidak diluluskan dimana permohonan pertama diluluskan. No. kelulusan signboard pertama: DBP/KPB/201609/11906 Lampiran fail ialah untuk pemohonan side board. Berharap saya akan mendapatkan maklum balas pihak DBP secepat mungkin. Terima kasih.Mohon pihak tuan menghantar semula tersebut dan membuat pembetulan pada iklan iaitu
1. Tukar kepada NO. LESEN MPSJ: xxxxx
2. Dimiliki oleh: xxxx (tukar oleh kepada huruf kecil)

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai kami melalui talian 03-2147 9691/9400 (Puan Rohayu)
Istilah10.03.2017
implementation and forward strategic planning after nanjing adakah terjemahan ini betul? perlaksanaan dan perancangan strategik ke hadapan selepas nanjing atau Perlaksanaan dan perancangan strategik selepas nanjing di masa hadapan

Pihak kami memerlukan ayat yang lengkap atau konteks yang tepat untuk mencari padanan yang lebih sesuai bagi ayat tersebut.

Tatabahasa18.12.2019
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat ini betul? Semoga puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. 2. Saya tidak dapat cari perkataan "menghadang" dan "bola lisut" dalam Kamus Dewan, adakah perkataan ini masih wujud? Terima kasih.1. Semoga puan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

2. Dalam data kami tiada perkataan menghadang tetapi mempunyai perkataan menghalang, iaitu menahan se­suatu supaya tidak dapat bergerak, meng­alir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; me­negah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami.

Perkataan bola lisut masih digunakan selain perkataan sofbal.
Tatabahasa08.10.2013
manakah ayat yang betul.. 1. saya menyarankan agar dibina kompleks pelajar 2. saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina soalan 2 1. di masa hadapan 2. pada masa hadapan1. Saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina.
2. pada masa hadapan.
Tatabahasa22.07.2013
Mohon khidmat semakan perkara berikut samada ia memenuhi aspek tatabahasa dan lain-lain untuk tujuan penambahbaikan di masa hadapan: ..."2012 dragon is regarded as a divine symbol that reflects ultimate abundance, prosperity and good fortune. a perfect way of celebrating the year 2012; embracing the spirit of a powerful dragon within us.."Khidmat yang saudara perlukan adalah di luar skop Khidmat Nasihat DBP. Kami membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan sistem ejaan Rumi dan Jawi, istilah dan tatabahasa bahasa Melayu. Sila kemukakan pertanyaan saudara kepada pihak yang berkaitan.Lain-lain25.01.2012
Salam sejahtera, saya ingin bertanya jika DBP ada merancang untuk menambah akses kepada portal sesawang prpm bukan sahaja melalui laman sesawang, malah melalui aplikasi atau perisian khusus di masa depan? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera, Untuk makluman tuan, pihak DBP akan terus menambah baik perkhidmatan berdasarkan keperluan dan teknologi masa kini yang bersesuaian. Terima kasih atas keprihatinan dan kejasama. SekianLain-lain27.05.2020
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Halalas"? Menurut Wikipedia, mereka menterjemahkan "Halalas" sebagai "Halala". Mohon pihak tuan sahkan jika itu adalah terjemahan yang betul. Tolong masukkan perkataan ini ke DBP dalam talian untuk memudahkan pencarian di masa hadapan. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Riyal_Saudi Terima kasih.Berdasarkan rujukan dalam internet, "halalas" ialah bentuk jamak untuk "halala", iaitu unit mata wang Arab Saudi. Oleh itu, perkataan "halala" boleh digunakan.Istilah07.09.2013
assalamualaikum tuan/puan, di mana saya boleh beli buku Sejarah Tamadun Islam, terbitan DBP, 2005? Apakah sudah tidak diterbitkan dan adakah akan diterbitkan di masa hadapan? tk
Salam tuan,

Pembelian buku secara dalam talian

Untuk makluman, buku Sejarah Tamadun Islam, terbitan DBP, 2005 sudah tiada dalam stok. Buat masa ini, buku tersebut belum lagi disenaraikan untuk dibuat cetakan semula. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan ingin membuat pembelian buku terbitan DBP secara dalam talian, bolehlah melayari https://dbpniaga.my. 

Sekian, terima kasih.
Lain-lain20.11.2021
Tajuk: Implementation and forward strategic planning after nanjing (Nanjing adalah tempat di mana conference dijalankan). Terjemahan yang mana lebih tepat? "Perlaksanaan dan perancangan strategik ke hadapan selepas Nanjing" atau "Perlaksanaan dan perancangan strategik selepas Nanjing di masa hadapan"Implementation and forward strategic planning after Nanjing boleh diterjemahkan kepada "Perlaksanaan dan perancangan strategik masa hadapan selepas Nanjing" sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
Penyemakan dan penterjemahan26.12.2019
12345678910...

Kembali ke atas